Doa Perjuangan

Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami (pembaziran) dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (Ali-Imran:147)

Tiga perkara yang diajar supaya kita berdoa dalam ayat ini ialah 1) memohon pengampunan dosa, 2) memohon pengampunan kerana pembaziran samada masa atau harta dan 3) memohon agar tetap pendirian dalam Islam. Umat-umat terdahulu juga telah berdoa seperti ini.

Ada pengampunan yang hanya melibatkan dosa, ada yang melibatkan pembaziran dan ada yang melibatkan kedua-duanya sekali. Misalnya seorang yang tidak solat walaupun sudah baligh melakukan dosa dan juga pembaziran. Seorang yang duduk tanpa melakukan apa-apa pula seperti lepak-lepak tidak melakukan dosa tetapi membazirkan masanya. 

1) Pengampunan Dosa 

Berdoalah supaya diampunkan dosa kita, isteri, anak, keluarga, guru kita dan semua umat Islam. Berdoa dalam bahasa Melayu pun boleh. Selain berdoa memohon keampunan, bertaubat dan beristgfar juga boleh mengugurkan dosa terhadap Allah SWT dan dosa itu dipadamkan dari buku amalan. Sebaliknya diganti dosa kejahatan itu dengan pahala istigfar. Malaikat yang menulis amal kejahatan juga dilupakan tentang kejahatan yang dilakukan

Sesiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani

2) Pengampunan Pembaziran – Masa, Ilmu, Harta dan Tubuh Badan

Di Padang Mahsyar setiap individu akan ditanya tentang 4 perkara seperti yang diceritakan dalam satu hadith:

Dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya: “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?”

Empat perkara itu ialah:

1.Umur – dimana dihabiskan, untuk maksiat atau taat, nabi memuji orang yang “tua dalam Islam” iaitu orang-orang yang Islam sejak dari muda lagi. Kata Nabi lagi, Orang yang paling baik ialah orang yang umurnya panjang dan lidahnya masih basah berzikir mengingati Allah. Dalam satu hadith qudsi, Allah bersama orang yang berzikir selagi bibir mulutnya masih bergerak mengingatinya.

2.Ilmu – Antara ilmu yang wajib dipelajari ialah Fardhu Ain seperti ilmu akidah iaitu ilmu tentang ketuhanan. Selain itu apa-apa ilmu yang dipelajari hendaklah diamalkan walaupun ianya hanya sunat, (sekurang-kurangnya sekali seumur sehidup-bagi perkara sunat)

3.Harta – Setiap sen yang diterima dan dibelanjakan akan ditanya tentang halal haramnya.

4.Tubuh Badan – Akan ditanya “dimanakah tuanya badan”, samada tubuh badan diguna untuk perkara baik atau jahat.

3) Istiqamah – Tetap Pendirian 

Istiqamah bermakna tetap pendirian di atas kebenaran agama Islam

Fussilat [30] Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: