Jalan Ke Syurga

Abu Ad Darda berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan seorang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.” (HR Abu Daud No: 3157) Baca baki entri ini »

Advertisements

Membesarkan Allah Seperti Yang Sepatutnya

Israa:[111] Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!  Al-Anam [91] Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya…. Baca baki entri ini »

Digelincirkan oleh Syaitan

Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu) dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Ali-Imran:155) Baca baki entri ini »

Perasaan Dengki Daripada Syaitan

Perasaan hasad dengki ditimbulkan oleh syaitan yang bertapak dalam darah yang kotor yang berada dalam jantung kita. Ia adalah salah satu daripada perkara yang mengeraskan dan mengotorkan hati.  Muslim yang baik juga tidak berhasad dengki sesama saudaranya dan di syurga dihapuskan perasaan ini dari hati penghuninya. Baca baki entri ini »

Bila Mendengar Azan

Daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash r.a., beliau pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Jika kamu mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang diucapkan oleh mu’adzin, kemudian berselawatlah ke atasku, kerana sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak sekali, maka Allah ta’ala akan berselawat atasnya sepuluh kali. Kemudian mintalah wasilah untukku kepada Allah, kerana sesungguhnya wasilah itu adalah satu kedudukan (yang tinggi) di syurga, yang tidak patut diberikan kecuali kepada seorang hamba Allah, dan aku berharap akulah hamba tersebut. Sesiapa yang memohon wasilah untukku maka dia berhak mendapatkan syafa’atku.” [HR. Muslim] Baca baki entri ini »