Bila Mendengar Azan

Daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash r.a., beliau pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Jika kamu mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang diucapkan oleh mu’adzin, kemudian berselawatlah ke atasku, kerana sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak sekali, maka Allah ta’ala akan berselawat atasnya sepuluh kali. Kemudian mintalah wasilah untukku kepada Allah, kerana sesungguhnya wasilah itu adalah satu kedudukan (yang tinggi) di syurga, yang tidak patut diberikan kecuali kepada seorang hamba Allah, dan aku berharap akulah hamba tersebut. Sesiapa yang memohon wasilah untukku maka dia berhak mendapatkan syafa’atku.” [HR. Muslim]

Kalimah-kalimah azan mengandungi seruan yang sempurna kerana ia mengandungi kalimah membesarkan Allah (Allahuakbar) dan mengajak manusia mengerjakan solah (Hayya a’las-Solah) dan menuju kejayaan. 

Semasa menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah. Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala quwwata illa billah..

Seruan yang paling utama ialah seruan azan. Sahutlah dengan menjawab azan itu dan berjemaah di masjid. Jika tidak dapat berjemaah di masjid, berjemaahlah di rumah bersama keluarga.

Rumah Allah SWT di bumi ialah masjid-masjid dan orang yang memakmurkannya ialah pengunjung-pengunjungnya. Orang buta pun wajib mengunjunginya selagi ia dapat mendengar azan dari masjid. Orang yang mengunjungi masjid adalah pelawat Allah SWT. Hak Allah SWT sebagai Yang dilawat ialah memuliakan pelawat-Nya (Hadith Qudsi)

Bebaskanlah tawanan perang, sahutlah seruan, berilah makan orang yang lapar dan ziarahilah orang yang sakit (Riwayat Abu Musa Al-Asyari)

Salah satu waktu doa makbul (Allah terima doa) antaranya ialah di antara azan dan qamat. “Doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak. Berkata para sahabat: “Maka apa yang patut kami katakan wahai Rasulullah (ketika itu)?” Nabi bersabda: “Pohonlah kepada Allah keafiatan di dunia dan di akhirat.”(Hadis riwayat Tirmidzi) Selain itu digalakkan agar mendoakan kedua ibubapa, seperti “Ya Allah ampunilah aku dan ibubapaku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku semasa kecil dahulu”

Sesiapa yang berdoa dengan doa di atas, Nabi akan memberinya syafaat (recommendation) untuk masuk syurga. Selain itu, untuk mudah mendapatkan syafaatnya, amalkanlah sunnah-sunnah nabi, walaupun sunnah yang dianggap kecil atau remeh.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: