Perasaan Dengki Daripada Syaitan

Perasaan hasad dengki ditimbulkan oleh syaitan yang bertapak dalam darah yang kotor yang berada dalam jantung kita. Ia adalah salah satu daripada perkara yang mengeraskan dan mengotorkan hati.  Muslim yang baik juga tidak berhasad dengki sesama saudaranya dan di syurga dihapuskan perasaan ini dari hati penghuninya.

…Dan janganlah kalian berhasad dengki kerana sesungguhnya kedua Anak Adam (Habil dan Qabil), seorang diantaranya membunuh yang lain kerana terdorong oleh rasa dengki…. (Riwayat Ibnu As-Sakir melalui Ibnu Masud r.a.)

Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki Iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

An-Nisaa [54] : Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi) dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

Apa jua kurniaan samada harta atau jawatan adalah daripada Allah Subhanahuwata’ala. Maka tidak sepatutnya seseorang merasa dengki dengan orang lain dan bertindak untuk menghilangkan nikmat kurniaan itu. Akibat tindakan yang berpunca daripada kedengkian itu ialah pahala seseorang itu akan hilang…

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya sifat hasad memakan segala kebaikan umpama api memakan (menjilat) kayu kering.” (Hadis riwayat Tarmizi). 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda,“Apabila salah seorang di antara kamu melihat orang yang memiliki kelebihan harta dan kejadian (fizikal, maka lihatlah kepada orang yang berada di bawahnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam soal kekayaan atau harta dunia, lihatlah kepada mereka yang kurang daripada kita agar kita bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Allah SWT. Sebagai contoh, jika kita berkereta, lihatlah kepada mereka yang hanya dapat membeli motorsikal. Jika bermotosikal, lihatlah kepada yang berjalan kaki. 

Melihat ke bawah juga mendidik kita agar bersabar daripada melakukan perkara yang dilarang dalam mengejar kekayaan. Syaitan akan menghasut manusia agar berhasad dengki dan menyuruh mereka memberontak terhadap takdir Allah, sehingga ada yang sanggup melakukan perkara yang haram untuk mencari kekayaan. Ada yang sanggup meminta daripada bomoh sedangkan bomoh itu sendiri tidak mampu meminta untuk dirinya sendiri menjadi kaya

Bersyukurlah dalam semua keadaan, ucapkanlah Al-Hamdulillah dalam apa jua keadaan, samada mendapat kurniaan yang banyak atau sedikit dan janganlah pula merajuk dengan Allah s.w.t. 

Al-Hijr [47] Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

Ahli syurga itu seperti adik-beradik yang tingal dalam satu taman, saling mengasihi dan tolong-menolong tanpa sebarang perasaan hasad dengki.Masing-masing berpuas hati dan tidak merasa terkilan dengan mahligai yang diberikan oleh Allah swt., walaupun berbeza keluasan, besar dan ada yang diberikan mahligai daripada emas, perak.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: