Digelincirkan oleh Syaitan

Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu) dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Ali-Imran:155)

Dalam peristiwa Perang Uhud, Pasukan pemanah Muslim telah turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.

Mereka telah berjaya digelincirkan oleh Syaitan dalam kes ini. 

Fatir [5] : Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka)

Namun Allah SWT telah memaafkan mereka kerana pada masa ini belum ada larangan berkaitan harta rampasan perang. Allah SWT Maha Pengampun dan juga bersifat “Al-Halim” iaitu Maha Lemah-Lembut atau Maha Bertolak-Ansur dalam kes ini. Bahkan Allah SWT membalas satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda pahala atau lebih dan satu kejahatan hanya dikira sebagai satu dosa.

Peristiwa ini juga menunjukkan bahawa harta atau kemewahan adakalanya boleh membinasakan, ditambah pula dengan hasutan syaitan. 

“Tidaklah berkurang harta itu dengan sedekah” (Hadith riwayat Tirmidzi).

Baqarah [268] Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Kadangkala harta dan kemewahan boleh menjauhkan seseorang dari ibadah dan dari menuju ke rumah Allah atas alasan kesibukan.

Isra [16] Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: