Membesarkan Allah Seperti Yang Sepatutnya

Israa:[111] Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!  Al-Anam [91] Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya….

Ikhlas Dalam Menyembah Allah

Janganlah sekutukan (mensyirikkan) Allah, khasnya dalam beribadat. Ibadat adalah milik Allah, maka lakukan ia semata-mata untuknya:

Al-Kahfi [110] sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah Dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah Dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

Bayyinah [5] Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya

Kita menghadap Allah SWT “Raja kepada Segala Raja” secara rasmi sebanyak 5 kali sehari semalam. Ia dilakukan dalam waktu-waktu tertentu dengan bacaan dan pergerakan tertentu. Berwuduklah sebaik mungkin sebelum menghadap Allah, pakailah pakaian yang terbaik, niatlah solat semata-mata kerana Allah. Berdirilah menghormati Allah dengan sebaik mungkin. Bertakbirlah untuk mengagungkan Allah. Berkata-katalah kepada Allah menggunakan ayat Al-Quran dan dengan hati yang sentiasa mengingati Allah. Bergeraklah dengan pergerakan yang penuh ketenangan (toma’ninah) 

Memakai Perhiasan Menghadap Raja

A’raf [31] Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)

Kata Imam Manawi (ulama hadith mazhab Syafie)

Sembahyang itu seperti “Hadharat Al-Malik” iaitu satu persembahan yang disembahkan oleh seseorang ke hadhrat “maharaja dari segala raja” (iaitu Allah s.w.t.). Masuk menghadap raja tanpa perhiasan itu menyalahi adab.

Menutup kepala dengan memakai kopiah, songkok, serban adalah juga satu dari perhiasan semasa bersembahyang. 

“Berserbanlah kamu kerana syaitan tidak memakai serban.”

Berserbanlah kerana para malaikat itu memakai serban.” (Thabrani) “

Mengagungkan Allah

Kita memulakan sembahyang dengan mengagungkan Allah menyebut Allahuakbar (Allah is the greatest). Sepertimana rakyat hendak menghadap raja atau sultan, mereka mendaulatkannya dengan menyebut Daulat Tuanku. Apatah lagi menghadap Raja kepada segala Raja, yang maha hebat.

Menghormati Allah Dalam Sembahyang

Berdirilah sebaik mungkin dalam sembahyang sebagai tanda menghormati Allah. Besarkan Allah sepertimana Allah patut dibesarkan. Janganlah jadi seperti mereka yang tidak menghormati Allah sebagaimana yang sepatutnya “wa ma qadaru ‘llaha haqqa qadrih”.

Baqarah [238] …..dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Al-Anam [91] Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya….

Mengingati Allah

Sembahyang itu seperti berkata-kata dengan Allah, maka berhati-hatilah dalam percakapan dengan Allah agar apa yang dicakap itu sama dengan apa yang difikir atau diingati. Hendaklah “hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang awam, hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain). Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepat ingatkan Allah.

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Sembah Allah Seolah-olah Melihatnya

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sembahlah Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah s.w.t melihat engkau. ” (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin Arqam).

Sembahyang yang paling tinggi makamnya ialah sembahyang seolah-olah kita melihat Allah. Jika tidak mampu berbuat demikian, sembahyanglah sepertimana Allah melihat kita. Tumpukan sepenuh perhatian, hadir hati. Selain itu berpusing kepala dalam sembahyang adalah makruh (selagi dada tidak lari dari kiblat). Dalam hadis lain dikatakan, Allah bertanya kepada orang yang berpusing dalam sembahyang, apa yang kamu lihat yang lebih cantik dari aku? Seboleh-bolehnya jangan berpaling kerana ia makruh dan menjejaskan perhatian kita kepada Allah. 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: