Jalan Ke Syurga

Abu Ad Darda berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan seorang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.” (HR Abu Daud No: 3157)

Jalan Ke Syurga

Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam, lelaki dan perempuan dan ilmu yang paling utama ialah ilmu aqidah kerana aqidahlah yang menentukan masa depan akhirat kita.

Malaikat Menghamparkan Sayapnya

Kelebihan seorang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang.

Sesiapa yg pergi mencari ilmu, maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan-ikan di lautan mendoakan untuknya (Riwayat Abu Daud)

Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “…Dan sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana gembira (suka) dengan apa yang mereka tuntut”. (Riwayat Al Bara)

Dalam kebanyakan hadis, orang yang mengajar dengan orang yang belajar adalah sama kelebihannya kecuali : Malaikat melebarkan sayapnya ke atas orang yang belajar ilmu agama yang ikhlas kerana Allah. Orang yang belajar hendaklah mengamalkan apa yang telah dipelajarinya (amal lah apa yang betul, dan tinggalkan apa yang tidak betul iaitu yang dibuat semata-mata kerana ikut-ikutan).

Keampunan bagi Penuntut Ilmu

Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi, hinggakan semut di dalam lubang dan ikan dalam laut, semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia (Riwayat At-Turmizi).

Orang yang mengajar kebaikan, segala sesuatu (segalah-galanya), sehingga ikan-ikan yang ada di dalam laut akan memintakan keampunan baginya (Riwayat Jabir).

Kebaikan yang dimaksudkan ialah ilmu agama yang betul (perkara-perkara yang dibolehkan atau yang tidak dobolehkan, halal, haram) kerana tiada ilmu yang lebih baik selain daripada agama. Segala sesuatu misalnya pokok, batu dan sebagainya mendoakan keampuan bagi orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar , juga diampunkan dosa mereka.

Kelebihan Orang Berilmu

Kelebihan seorang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang.

Sesungguhnya orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu. Orang yang berilmu lebih tinggi makamnya (kedudukannya) di sisi Allah. Allah memberi pahala yang lebih kepada amalan orang yang berilmu berbanding mereka yang tidak berilmu.

Az-Zumar [9] : (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Al-Mujaadilah [11] : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (11)

Ulama Mewariskan Ilmu

Ilmu merupakan warisan para nabi dan para nabi tidak mewariskan dirham dan tidak pula dinar, tetapi yang mereka wariskan adalah ilmu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Manusia yang afdhal ialah mukmin yang ‘alim. Bila orang berhajat kepadanya (ILMUNYA), mereka itu dapat mengambil faedah darinya, .”

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: