Orang Yang Paling Zuhud

Sezuhud-zuhud manusia tidak lupa akan kubur dan kehancurannya. Dia meningalkan kelebihan (kecantikan) dunianya. Dia melebihkan apa yang kekal berbanding apa yg fana (harta dunia). Dan dia tidak mengira samada esok masih ada untuknya. Dia menganggap dirinya dari golongan yang mati(Riwayat Baihaki)

Tidak Lupa Kubur

Manusia yang zuhud tidak lupa seksa kubur dan mereka tidak lupa soal jawab di Alam Barzakh. Mereka yang tidak solat dan tidak berzakat akan diseksa di alam kubur. Begitu juga mereka yang gagal dalam sesi soal jawab oleh malaikat Mungkar Nakir.

Tinggal Kecantikan Dunia..

Sesungguhnya Allah menawarkan kepadaku dataran Mekkah untuk dijadikan emas dan diberikan kepadaku, maka aku menolaknya, lalu aku berkata : Aku tidak mengharapkan itu semuanya Ya Allah, akan tetapi aku lebih senang sehari lapar dan sehari kenyang.  Tatkala hari yang aku merasakan lapar, aku merendah diri dan berdo’a kepada-Mu, sementara tatkala hari yang aku merasakan kenyang, aku bersyukur dan memuji-Mu “.

Utamakan yang Kekal 

Perkara yang kekal adalah amalan dan ibadat yang dilakukan. Amalan bersifat abstrak dan tidak dapat diukur, manakala harta dunia walaupun dapat dirasa tetapi ia adalah fana (tidak kekal). Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesiapa yang mencintai dunianya, mudarat lah akhiratnya, dan sesiapa yang mencintai akhirat, mudaratlah dunianya; oleh itu utamakanlah yang kekal berbanding yang fana. (Riwayat hakim melalu Abu Musa r.a.)

Kalau kita terlalu menyukai dunia, mudaratlah akhirat kita. Terlalu mengejar dunia boleh mencederakan akhirat sehingga tiada masa untuk ibadat seperti sembahyang berjemaah. 

Tidak Mengira Esok Masih Ada

Orang yang zuhud mengira dirinya sudah tidak mati pada esok harinya. Dia tidak memikirkan apa yang akan dimakan pada esok hari.

Kita tidak tahu samada kita masih hidup esok hari. Sebutlah Insya Allah jika berjanji. Buatlah amalan sebelum tidur, samada membaca surah Al-Mulk, istigfar dan membaca 3 Qul.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: