Allah Maha Melihat

…dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan. (Ali-Imran:163). 

Allah melihat tidak menggunakan biji mata. Allah menjadikan manusia melihat dengan mata, tapi dia sendiri tidak perlukan mata. Dalam gelap pun Allah nampak. Kita pula hanya boleh melihat benda dalam cahaya dan hanya boleh melihat sesuatu dalam jarak yang tertentu. 

Malulah untuk melakukan kejahatan atau sesuatu yang tidak senonoh walaupun tidak dilihat orang kerana Allah SWT melihat apa yang kita lakukan. Latihlah diri agar malu kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda “Allah lebih berhak seseorang itu malu padaNya daripada manusia” (Hadith Riwayat Abu Daud). 

Hadid [4] ……Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

An-Nisaa [58] Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

…..adapun yang paling menakutkan di dalam Al-Qur`an adalah ‘Fa man ya’mal mitsqaala dzarratin khairan yarahu, wa man ya’mal mitsqaala dzarratin syarran yarahu,’ (Riwayat As-Syairazi melalui Ibnu Masud r.a.)

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Zalzalah:7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Zalzalah:8)

Allah mahu kita melihat dan mengira sendiri apakah amalan kita melayakkan kita untuk ke syurga atau neraka.

Allah tahu semua yang keluar atau masuk ke bumi dan semua yang turun atau naik ke langit. Setiap amalan baik atau tidak baik dibawa malaikat naik ke langit untuk dipersembahkan kepada Allah. 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: