Status dan Tingkatan Di Sisi Allah

Mereka itu (yang menurut keredaan Allah dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah;  (Ali-Imran:163)

Perbezaan darjat, pangkat, kedudukan atau status di akhirat adalah sangat banyak berbanding darjat di dunia. (wa akbaru darajatin…). Kalau di dunia status itu diukur bermula daripada Perdana Menteri hinggalah kepada rakyat biasa yang berkaki ayam. Namun di akhirat statusnya sangatlah banyak dan status yang paling tinggi adalah milik Rasulullah s.a.w., manakala status yang paling rendah ialah ahli syurga yang diberikan mahligai seluas 3 buah negara. 

Israa [21]……dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.

Tingkatan Syurga

Syurga yang paling tinggi ialah al-Firdaus, umpama penthouse yang diberikan kepada golongan VIP yang kebanyakannya terdiri daripada golongan terdahulu dan sedikit sahaja daripada golongan kemudian..(Sullatun minal awwalin wa qolilun minal akhirin).

Al-Waqiah [12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian

Tingkatan Neraka

Neraka juga mempunyai tingkatan-tingkatannya. Petak neraka Jahanam yang paling bawah dan panas disediakan untuk Yahudi, petak kedua untuk Firaun, seterusnya pemerintah yang zalim, peniaga yang menipu. Manakala Munafik pula ditempatkan di dasar neraka.

An-Nisaa [145] Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

Cara Meningkatkan Status

Carilah kedudukan (pangkat) yang tinggi di sisi Allah iaitu dengan berlemah-lembut terhadap orang yang mengasarimu, dan hendaklah kamu memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepadamu (Riwayat ‘Addi melalui Ibnu Umar). 

Dua cara untuk mendapat “promotion” atau kenaikan pangkat yang tinggi ialah dengan:

1) berbuat baik kepada orang yang melakukan kejahatan terhadap kita, seperti bercakap dengan baik dan lemah-lembut walaupun orang mengatakan sesuatu yang tidak senonoh atau bercakap kasar. 

2) memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kita misalnya membelanja orang makan walaupun dia tidak pernah belanja kita makan.

Rasulullah S.A. W. bersabda “Hendakkah kamu aku beritahu apa yang dapat menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat?” Para sahabat menjawab: “Ya, kami ingin tahu wahai Rasulullah.” Baginda berkata, “Berwudhuklah dengan baik dalam keadaan air yang sejuk, banyakkan langkah menuju masjid, dan menunggu sembahyang sesudah sembahyang. Itulah Ribath (mengikat diri dengan sempadan ketaatan kepada Allah).” (HR. Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: