Putar Belit Yahudi

Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata: Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga dia membawa kepada kami korban yang dimakan api. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu katakan itu, oleh itu mengapa kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)? (Ali-Imran:183) Baca baki entri ini »

Allah Tidak Menzalimi Hambanya

(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (Ali-Imran:182) Baca baki entri ini »

Banyak Mudarat Makan Banyak

Banyak makan atau makan sehingga terlalu kenyang boleh menyebabkan kerasnya hati; mendorong anggota untuk melakukan perkara yang sia-sia dan kejahatan; menghilangkan ketajaman akal (kepintaran), sedikitnya ibadah (kerana mengantuk dan rasa malas); tidak selesa untuk beribadah; dibimbangi termakan sesuatu yang haram atau syubhah (tidak pasti); menyusahkan hati dan badan dalam mencari dan menyediakan makanan; ia hanyalah kesedapan dunia semata-mata yang boleh mendatangkan kesakitan, kurang pahala akhirat (kurangnya ibadah) dan semua yang di makan akan dihisab pada hari akhirat nanti. Baca baki entri ini »

Ilmu Tauhid Di Sebalik Solat

Dalam solat kita berdiri untuk menghormati Allah SWT.  Dalam solat kita mengangkat tangan sebagai tanda penafian bahawa tiada tuhan selainnya yang layak disembah. Dalam solat kita melafazkan Allahuakbar untuk membesarkan Allah dan tiada yang lebih hebat daripadaNya. Dalam solat, kita meninggalkan segalanya demi untuk menghadap Allah SWT. Dalam solat kita memuji Allah kerana Dia sahaja yang layak dipuji. Dalam sembahyang, kita rukuk dan sujud untuk menghinakan diri dihadapan Allah yang Maha Agung.

 

Semuanya Milik Allah

..dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (Ali-Imran:180) Baca baki entri ini »

Akibat Bakhil

Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan dia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak …(Ali-Imran:180) Baca baki entri ini »

Peringatan Buat Diri Yang Lupa

Jadilah kamu di dunia ini seperti tetamu, jadikanlah masjid-masjid sebagai rumah kamu; biasakanlah hati kamu selalu mengingati Allah, perbanyakkanlah berfikir dan menangis, serta janganlah nafsu kamu melalaikan kamu dari perkara akhirat. Kamu membina rumah-rumah yang kamu tidak duduki (berlebih-lebihan), dan kamu mengumpulkan harta yang tidak kamu makan, serta kamu mencita-citakan perkara yang tidak bakal kamu capai (Riwayat ABu Naim melalui Al-Hakam melalui Ibnu Umair) Baca baki entri ini »

Mukmin Tidak Dibiarkan Begitu Sahaja

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang sehingga Dia memisahkan yang buruk daripada yang baik …(Ali-Imran:179) Baca baki entri ini »

Pengaruh Solat Dalam Kehidupan Muslim

Solat mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan Muslim. Solat dapat mententeramkan,memperteguhkan dan melapangkan hati serta dapat membuat hati terasa lega dan selesa. Solat juga merupakan cara untuk menghubungkan hati kepada Allah SWT serta mendekatkan diri seorang hamba kepada-Nya. Solat yang betul caranya dan hadir hati (ingat Kepada Allah) mempunyai “power” (kekuatan dalaman) dan dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah. Baca baki entri ini »

Takutlah KepadaKu

Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. (Ali-Imran:175) Baca baki entri ini »

3 Jenis Azab Seksa Ke atas kafir

Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik iaitu Syurga) pada hari akhirat kelak dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar. (Ali-Imran:176) Baca baki entri ini »

Perang Saraf dan Kekuatan Iman

Mereka diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. …(Ali-Imran:173) Baca baki entri ini »