Perang Saraf dan Kekuatan Iman

Mereka diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. …(Ali-Imran:173)

Semasa perang Uhud, tentera Musyrik telah melakukan perang saraf dengan mengatakan bahawa bilangan mereka adalah sangat ramai. 

Jabir Ibnu Abdillah r.a berkata: Nabi SAW bersabda: Peperangan itu adalah tipu muslihat (Bukhari dan Muslim).

Salah seorang ketua kaum musyrikin yang bernama Nuaim ibni Mas’ud datang kepada Rasulullah dan mengistiharkan keislamannya. Dia datang pada asalnya sebagai musyrikin dan kemudian senyap-senyap bertemu Rasulullah dan memeluk Islam. Baginda Saw meminta dia merahsiakan agar dapat bersama kaum musyrikin. Nabi SAW bersabda kepada Nuaim, “Kamu adalah sebahagian daripada kami. Lakukan tipu-daya semampu kamu kepada mereka kaum musyrikin. Sesungguhnya peperangan itu adalah tipu-daya.”.

Peperangan itu adalah tipu daya atau menjalankan tipu daya untuk memperoleh kemenangan sekali gus mengalahkan lawan atau musuh. Nabi SAW menjuruskan penipuan itu seperti yang berlaku dalam peperangan Khandak bila mana baginda mengutuskan Nu’aim Ibn Mas’ud untuk menimbulkan kekacauan antara golongan Quraisy, Ghaffan dan golongan Yahudi.

Kekuatan Iman
Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). (Ali-Imran:173)

Tentera Islam ketika Perang Uhud tidak gentar dengan perang saraf yang dilancarkan oleh tentera Musyrik (tentang ramainya bilangan mereka). Sebaliknya ia menambahkan keimanan mereka

Mereka berperang bukan untuk hidup tetapi merela bercita-cita untuk mati syahid.

Ketika Nabi Ibrahim diletakkan di tempat yang tinggi untuk diluncurkan ke dalam api, Malaikat Jibril telah menawarkan khidmatnya dan bertanya : “Adakah engkau mahu aku menyampaikan tentang ini kepada Allah swt?” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku memerlukan Allah, bukan engkau”. Nabi Ibrahim mengucapkan حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَڪِيلُ

Bacalah “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, zikir yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim ketika baginda ditelanjangkan oleh orang-orang kafir yang mahu mencampakkannya ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi sejuk dan tidak membakar tubuhnya.

Anbiya [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

“Hasbunallah wa ni’mal wakil”, dan ini jugalah yang diucapkan oleh tentera Islam ketika perang Uhud, kemudian Allah s.w.t pun menolong mereka.

Ali-Imran [173] Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami..

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: