3 Jenis Azab Seksa Ke atas kafir

Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik iaitu Syurga) pada hari akhirat kelak dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar. (Ali-Imran:176)

Allah memujuk Nabi supaya jangan berdukacita dengan orang yang berlumba-lumba untuk menjadi kufur, syirik dan melakukan dosa.

Mereka akan dicampak ke dalam Neraka yang dijadikan dari api. Namun api ini adalah api yang sangat gelap. Neraka adalah satu tempat yang gelap walaupun ia adalah daripada api. Api dan asapnya gelap gelita dan tiada cahaya (neraka berlapis-lapis, namun telalu gelap sehingga tidak boleh melihat antara setiap lapisan). 3000 tahun dibakar. 1000 tahun api merah, 1000 tahun api putih, 1000 tahun api hitam. Apabila apinya betul-betul semarak ia menjadi keras sehingga tidak nampak antara setiap lapisan.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Api neraka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang kelam.”(Tirmizi, Muwatta’)

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Ali-Imran:177)

Kepanasan api kamu (di dunia ini) adalah sebahagian dari 70 bahagian dari kepanasan api neraka, berkata sahabat Baginda Mulia, wahai Rasulullah jika (kepanasan api neraka itu) sama dengan kepanasan api (di dunia) ini pun sudah cukup, jawab Baginda Mulia telah dilipat gandakan lebih kepanasannya dari api (di dunia) ini sebanyak 69 kali ganda lagi.” (HR Bukhari dan Mishkat).

Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak). (Ali-Imran:178) 

Kafir dimasukkan ke dalam neraka sebagai satu penghinaan, tetapi orang Islam yang masuk ke dalam neraka hanyalah sebagai satu pembersihan. Orang Islam yang dimasukkan ke dalam neraka itu umpama seseorang yang masuk ke dalam hospital, setelah sembuh dan pulih mereka akan dikeluarkan.

Kafir menyangka dosa kekufuran dan kejahatan yang dilakukan tidak menjejaskan kekayaan dan kesenangan yang mereka miliki. Allah SWT sengaja membiarkan mereka menambahkan dosa mereka dan akhirnya semua yang dimiliki itu akan disoal di akhirat nanti. 

Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam. (Al-Hijr:2) Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka). (Al-Hijr:3)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: