Mukmin Tidak Dibiarkan Begitu Sahaja

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang sehingga Dia memisahkan yang buruk daripada yang baik …(Ali-Imran:179)

Allah SWT tidak membiarkan golongan mukmin begtu sahaja dalam peperangan dan jihad yang mereka lalui. Allah SWT telah memberikan kemenangan walaupun mereka pada zahirnya lemah kerana tidak mempunyai kekuatan ketenteraan yang mencukupi.

Allah SWT juga tidak membiarkan orang-orang beriman begitu sahaja. Mereka diberikan panduan melalui hukum syarak yang menjelaskan apa yang baik dan apa yang tidak baik. Allah SWT menurunkan Al-Quran dan hadith sebagai sumber hukum. Hadith-hadith Baginda akhirnya sampai kepada para imam Mujtahid yang mengeluarkan hukum feqah melalui 4 mazhab yang besar.

Allah Menurukan Nabi dan Rasul Untuk Menjelaskan Yang Ghaib

…dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib itu). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar. (Ali-Imran:179)

Dari 124,000 nabi, 313 adalah Rasul dan 5 adalah Ulul-Azmi (boss besar).Tugas rasul adalah berdakwah iaitu menyeru kepada kebaikan dan melarang kejahatan.

Dari 6 rukun iman, 4 adalah perkara yang ghaib (Allah, Malaikat, Hari Kiamat, Qada’ dan Qadar) dan hanya 2 perkara yang boleh dilihat iaitu kitab-kitab dan rasul (para sahabat boleh melihat Rasulullah).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: