Peringatan Buat Diri Yang Lupa

Jadilah kamu di dunia ini seperti tetamu, jadikanlah masjid-masjid sebagai rumah kamu; biasakanlah hati kamu selalu mengingati Allah, perbanyakkanlah berfikir dan menangis, serta janganlah nafsu kamu melalaikan kamu dari perkara akhirat. Kamu membina rumah-rumah yang kamu tidak duduki (berlebih-lebihan), dan kamu mengumpulkan harta yang tidak kamu makan, serta kamu mencita-citakan perkara yang tidak bakal kamu capai (Riwayat ABu Naim melalui Al-Hakam melalui Ibnu Umair)

Jadilah kamu di dunia ini seperti tetamu

Allah s.w.t telah membuat dua (2) penempatan iaitu penempatan sementara di dunia dan penempatan yang kekal di negeri akhirat. Di penempatan pertama Allah s.w.t menguji kita dan menugaskan malaikat untuk mencatit markah amalan kita. Kedudukan di penempatan kedua ini, samada syurga atau neraka ditentukan oleh markah ujian kita semasa berada di penempatan pertama.

Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., memegang bahuku lalu bersabda: “Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang dalam perjalanan musafir. ” Dan semenjak itu Ibn Umar selalu berkata: “Apabila engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu petang dan ambillah peluang dari kesihatanmu itu membuat amal untuk masa sakitmu dan peluang masa hidupmu berbekal untuk matimu.(Bukhari)

Jadikanlah masjid-masjid sebagai rumah kamu;

Lazimkanlah berulang-alik ke masjid sepertimana kita melazimkan berulang-alik dari rumah untuk keluar mencari rezeki. Disana terdapat majlis ilmu dan pengajian yang dapat melembutkan dan mengubat hati kita.

Perkara Yang Melembutkan Hati

“Biasakanlah hati kamu selalu mengingati Allah, perbanyakkanlah berfikir dan menangis, serta janganlah nafsu kamu melalaikan kamu dari perkara akhirat”.

Amalan dinilai mengikut niat dan keihlasan hati.  Bentuklah hati dan latihlah hati supaya sentiasa mengingati Allah. Allah menyukai mereka yang lemah-lembut hatinya.

Berpada-pada dalam urusan dunia

“Kamu membina rumah-rumah yang kamu tidak duduki (berlebih-lebihan dalam membina rumah), dan kamu mengumpulkan harta yang tidak kamu makan, serta kamu mencita-citakan perkara yang tidak bakal kamu capai”

Panjang cita-cita tidak mengapa misalnya bercita-cita ingin membina kapalterbang agar dapat memajukan umat Islam, yang dilarang ialah panjang angan-angan yang tidak kesudahan.

Kesempatan yang diberikan kepada manusia hidup di dunia ini bukanlah untuk kekal buat selama-lamanya. Sebaliknya dunia hanyalah tempat persinggahan untuk membuat persiapan, mencari bekalan bagi menghadapi suatu penghidupan yang abadi di akhirat.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: