Banyak Mudarat Makan Banyak

Banyak makan atau makan sehingga terlalu kenyang boleh menyebabkan kerasnya hati; mendorong anggota untuk melakukan perkara yang sia-sia dan kejahatan; menghilangkan ketajaman akal (kepintaran), sedikitnya ibadah (kerana mengantuk dan rasa malas); tidak selesa untuk beribadah; dibimbangi termakan sesuatu yang haram atau syubhah (tidak pasti); menyusahkan hati dan badan dalam mencari dan menyediakan makanan; ia hanyalah kesedapan dunia semata-mata yang boleh mendatangkan kesakitan, kurang pahala akhirat (kurangnya ibadah) dan semua yang di makan akan dihisab pada hari akhirat nanti.

Terdapat hadith yang mencela makan hingga terlalu kenyang iaitu “Mukmin makan pada satu perut dan orang kafir makan pada tujuh perut (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagi anak cucu Adam, memadai baginya beberapa suap yang membetulkan tulang belakangnya. Sekiranya dia menginginkan, dia perlu membahagi-bahagikan perutnya, satu pertiga bagi makanan, satu pertiga bagi minuman dan satu pertiga bagi mengeluarkan nafas (Ibnu Majah).  

Lebih baik makan sedikit-sedikit berulang kali dari dari makan banyak sekaligus kerana ia menyebabkan tiada ruang kosong di dalam perut.

Kurang Ibadah & Kurang Pahala Akhirat

Jauhilah membuncitkan buncit (makan dan minum secara berlebihan), kerana sesungguhnya ia merosakkan jisim (tubuh), dan dapat menyebabkan malas mengerjakan solat, dan bersederhanalah dalam kedua hal tersebut kerana sesungguhnya bersederhana itu lebih baik bagi tubuh dan menjauhkan diri dari membazir (Riwayat Bukhari). 

Banyak Penyakit

Banyak penyakit berpunca dari perut iaitu dari makanan. Maka apabila seseorang itu banyak makan, maka banyaklah penyakitnya. Rasulullah SAW makan hanya ketika benar-benar lapar, dan tidak benar-benar mengenyangkan. Dalam satu hadith disebut ” Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali bila merasa lapar dan apabila kami makan, maka tidak sampai sekenyang-kenyangnya” (ketika menolak tawaran untuk diberikan tabib atau doktor oleh Raja). 

Kurang Cergas Akal dan Fizikal

Dalam satu hadith disebut “Apa yang saya lebih bimbang terhadap umat saya, ialah besar perut, banyak tidur, malas, dan kelemahan keyakinan”. Besar perut, bermaksud, banyak makan, kemewahan. Mereka yang banyak makan, akan membesarkan perut, ia akan mewarisi kelembapan, kurang cergas.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: