Sembuhkan Penyakit Dengan Memuji Allah

Carilah kesembuhan dengan mengucapkan lafaz yang dijadikan pujian oleh Allah terhadap diriNya sebelum makhluk memujiNya. Di antara lafaz yang dijadikan pujian Allah terhadap dirinya adalah kalimah Alhamdulillah dan Qulhuwallah. Sesiapa yang tidak disembuhkan dengan Al-Quran, maka tiada seorangpun yang dapat menyembuhkannya (Riwayat Ibnu Nafi melalui Raja Al-Ghanawi)

Puji-pujian terhadap Allah SWT terkandung di dalam Surah Al-Fatihah yang memuji Allah sebagai Tuhan sekelian alam. 

Al-Fatihah [1] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Puji-pujian terhadap Allah SWT terkandung di dalam 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, An-nas dan Al-falaq.

Surah Al-Ikhlas memuji Allah yang maha Esa dan tiada yang serupa atau menyamainya.

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4)

Surah An-Nas memuji Allah yang menguasai semua manusia.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. / (6)

Surah Al-falaq memuji Allah sebagai pencipta sekelian makhluk.

Al-Falaq [1] Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. [2] Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. [3] Dari bahaya gelap apabila ia masuk. [4] Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). [5] Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

Selain itu Ayat Qursi juga memuji Allah yang kekal selamanya , tidak mengantuk apalagi tidur.

Al-Baqarah [255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).…. Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Apa-apa sahaja ayat Quran boleh diamalkan untuk menyembuhkan penyakit.. Amalkanlah selama 40 hari agar ia mantap dan sebati dengan diri. Dalam mengubati apa jua penyakit, bacalah selama beberapa hari misalnya 3-4 hari sehingga disembuhkan, kerana ia tidak sembuh serta-merta sepertimana kita memakan ubat doktor yang diberikan dosnya.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: