Dunia Yang Mempedaya

..dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imran:185)

Jangan Terpedaya Dengan Kemewahan Dan Putaran Hidup Dunia

Fatir [5] : Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). 

Luqman [33] : ………. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, .maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia….

Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda:

“Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh perempuan, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan.” (Muslim)

Berhati-hati Dalam Mencari Harta Dunia

Islam tidak melarang kita mencari harta dunia atau pangkat dan kedudukan, cuma perlu berhati-hati. Carilah dunia kerana ia menyampaikan kita ke akhirat tapi jangan dunia itu masuk ke dalam hati, sampai kita tenggelam. Kita kena guna dunia untuk bekal ke akhirat dan masuk ke syurga. Tapi janganlah sampai perahu dunia kita dipenuhi air, kerana akhirnya tenggelamlah perahu itu dan tidak dapat belayar ke akhirat. Carilah harta tetapi jangan cuai dan terlalu menyayanginya. 

Manusia sememangnya sayangkan harta seperti diterangkan dalam Al-Quran. Harta itu “lekat” dihati mereka.

Al-Aadiyat [8] Dan sesungguhnya dia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba)

Al-Fajr [20] Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: