Hari Penyempurnaan Balasan

Ali-Imran [185] .. dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.

Tiap yang bernyawa akan mati, diberikan nyawa itu untuk diuji semasa di dunia dan mereka akan disoal di akhirat nanti sebelum dimasukkan ke dalam syurga atau dicampak ke dalam neraka.

Dan takutlah pada hari kamu dikembalikan kepada Allah (kiamat). Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasnya sedikitpun (Baqarah:281)

Dunia adaalah tempat ujian dan kita akan dikembalikan ke negeri akhir (Akhirat) untuk dihisab dan pada Hari itu disempurnakan balasan dengan balasan yang setimpal tanpa sebarang penganiayaan. 

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya). (Al-Inshiqaq:6)

 
Orang Islam yang melakukan kebaikan akan diberi balasan di dunia ini dan juga diakhirat nanti. Sebaliknya, orang kafir yang melakukan kebaikan di dunia tidak diberikan pahala di akhirat nanti. Allah membayar kebaikan mereka semasa di dunia ini sahaja.

Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada Neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik. (Al-Ahqaf:20)

Majoriti kemewahan diberi kepada golongan kafir semasa mereka berada di dunia. Dalam sebuah hadith disebut “Aku bimbang orang Islam diberikan harta yang melimpah rupa, takut mereka tiada bahagian di akhirat nanti”. Allah menyelamatkan manusia yang beriman daripada menjadi kafir, walaupun diberikan kemewahan kepada kafir semasa di dunia namun ia tidak menyamai tahap kemewahan yang diberikan kepada orang beriman di akhirat nanti. Kemewahan di akhirat adalah untuk muttaqin (orang-orang bertakwa), yang taat dan patuh perintah Allah dan Rasul.

Az-Zukhruf [33] Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga), [34] Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga) dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),[35] Serta berbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa.

Allah bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasihani). Allah bersifat pemurah walaupun kepada orang-orang yang kufur (kafir) dan derhaka kepadanya. Di dunia ini mereka tetap diberikan kesenangan dan kemewahan walaupun tidak beriman dan percaya kepada Allah. Di akhirat kemewahan hanya diberikan kepada orang Islam di dalam syurga. Harta dunia hanya menjadi milik kita semasa hidup di dunia sahaja. Harta akhirat pula kekal selamanya. Di akhirat, orang-orang kafir tidak akan merasa walau setitik air sejuk.

Neraca akhirat hanya untuk menimbang amalan orang Islam. Amalan orang kafir tidak perlu ditimbang kerana mereka tidak percaya kepada hari pembalasan. Allah tidak tegakkan neraca keadilan untuk timbang amalan orang kafir.

Al-Kahfi [105] Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.


Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: