Makhluk Pasti Mati

Ali-Imran [185] Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati …

Allah SWT memberitahu bahawa seluruh makhluknya yang bernyawa termasuk manusia dan jin akan menghadapi kematian. Demikian juga para malaikat. Malaikat Izrail atau Malaikat Maut adalah malaikat yang terakhir sekali mati dan dia mencabut nyawanya sendiri. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa Malaikat Jibrail adalah yang terakhir mati.

Hanya Allah SWT yang akan terus hidup.Allah itu “Hayyat” iaitu hidup dan hidupnya adalah yang asli iaitu tidak perlu kepada nyawa dan hidupnya berasingan dari makhluk. Hidupnya juga tidak perlu kepada makanan atau minuman. Allah tidak mati kerana hidup itu haknya.

Kita pula hidup dengan bergantung kepada nyawa yang diberikan olehnya dan tiap yang bernyawa akan mati. Allah hidup tanpa perlu kepada nyawa, maka Allah tidak akan mengalami kematian.

Apabila cukup dan sempurna kadar rezeki yang telah ditetapkan Allah, maka akan dihantar malaikat untuk mencabut nyawa manusia. Malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa ialah Malaikal Maut dan Malaikat Izrail adalah menteri kepada ‘mereka’ yang ditugaskan mencabut nyawa.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: