3 Ujian Yang Pasti

Demi sesungguhnya, kamu pasti akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu pasti akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (Ali-Imran:186)

Ujian Pada Harta

Harta juga boleh menyebabkan manusia dimasukkan ke dalam neraka sekiranya tidak dikeluarkan zakat atau harta itu diperolehi dari sumber yang haram atau dibelanjakan pada tempat yang haram. Allah SWT melihat daripada mana kita mendapatkan harta itu (samada daripada sumber yang halal atau haram) dan ke mana ia dibelanjakan. Ada orang yang mendapat rezeki yang daripada sumber yang haram dan mengatakan “nak buat macam mana dah memang rezeki saya”. Sememangnya Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat semua rezeki samada halal atau haram adalah daripada Allah, namun rezeki yang haram akan diambilkira dalam perhitungan Allah nanti:

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?

Ujian Pada Diri. 

Setelah diberikan anggota pancaindera dan kesihatan tubuh badan, manusia diuji dengan ujian Islam seperti yang terkandung dalam 5 Rukun Islam iaitu mengakui Allah itu tuhan, Nabi Muhammad itu Rasul dan apa yang dibawanya adalah benar, mendirikan sembahyang dan berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.

Ujian Dalam Perjuangan Menyebarkan Islam 

Setiap perjuangan dahagakan pengorbanan.  Segala kesusahan yang dialami dalam perjuangan agama adalah  merupakan ujian dan dugaan. Setiap pejuang Islam pasti diuji dengan tuduhan atau percakapan yang menyakitkan hati, terutamanya celaan ahli kitab dan kafir musyrik penyembah berhala.

Rasulullah SAW sendiri menghadapi celaan setelah baginda Mulia mengistiharkan kerasulan Baginda. Sebelum itu mereka semua mempercayai kebenaran baginda, tetapi tidak selepas itu.

Suatu hari Rasulullah s.a.w. telah mengumpulkan orang-orang Quraisy di sebuah bukit untuk menyampaikan ceramahnya. Dalam ceramahnya Baginda bertanya “Percayakah kamu sekiranya aku katakan ada musuh di sebalik bukit ini?”. Kami percaya “sahut golongan Quraisy”.  Lalu kata Baginda, “Aku ini adalah utusan untuk memberitahu kamu bahawa Allah adalah tuhan yang tunggal dan berhala-berhala yang kamu sembah itu bukanlah tuhan. Abu Lahab bapa saudara Nabi yang turut berada dalam majlis itu marah dan mencaci Nabi dengan berkata..”Kamu mengumpul kami semata-mata untuk mengatakan apa yang kami sembah selama ini adalah salah. Katanya lagi, “Tabbat ya Muhammad” yang bermaksud “Binasalah kamu hai Muhammad”

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: