Amaran Tentang Pujian yang Tidak Layak Diterima

Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. (Ali-Imran:188)

Manusia suka dipuji tentang kekayaan atau kebaikan yang dilakukannya. Sebaiknya tolaklah pujian, lebih-lebih lagi jika bukan kita yang melakukannya. 

Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji ( Abu Daud, no 4170)

Sebahagian para ulama mentakwilkan maksud hadis ini kepada pujian kepada yang tidak layak , dan mengada-adakan yang tidak benar sehingga orang yang dipuji merasa benar sentiasa, juga merasa hebat.

Amaran Tentang Harta Yang Diambil Secara Tidak Betul

Janganlah berbangga (sombong) dengan harta atau kedudukan kerana ia boleh mendatangkan azab yang sangat dahsyat sekiranya diperolehi dengan cara yang tidak betul.

Harta dan pangkat adalah ujian daripada Allah SWT..

Harta sememangnya berfaedah kerana kefakiran (terlalu miskin) juga boleh membawa kepada kekafiran. Umat Islam harus berusaha membaiki kehidupan mereka agar tidak bergantung kepada orang lain..

Jangan ingat atau sangka kita boleh berjaya melepaskan diri dari neraka dengan penipuan atau harta yang diperolehi secara haram walau kita boleh berjaya melepasi mahkamah dunia.

Allah SWT hanya menerima harta yang bersih sahaja iaitu dari sumber yang halal.

Keluarkanlah zakat apabila cukup nisab (kadar) dan haul (tempoh).

Harta yang diberikan kepada golongan kafir juga datangnya dari Allah.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: