Perjanjian Dengan Ahli Kitab

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia (tentang kedatangan Nabi Muhammad) dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu. (Ali-Imran:187)

Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman. (Baqarah: 100)


Golongan Yahudi sememangnya telah mengetahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah Rasul Allah kerana mereka telah membuat pengakuan atas kebenaran Baginda. Kebenaran Nabi Muhammad telah diceritakan dalam kitab mereka.

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa. (Baqarah: 41)

Bahkan mereka mengenali Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka.”

Baqarah [146] Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).

Al-Anaam [20] Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

Semasa golongan Yahudi berada di Madinah mereka bekerja sebagai petani. Mereka selalu bergaduh dengan Bumiputera Madinah yang merupakan golongan peniaga. Apabila bergaduh, mereka selalu berdoa dan mengadu kepada Allah “dengan keberkatan kitab yang diturunkan kepada nabi akhir zaman”. Namun apabila Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan, mereka mengingkari Baginda walaupun Baginda juga mengesahkan kebenaran kitab Injil dan Taurat serta Kenabian Nabi Isa dan Nabi Musa.

Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya). (Baqarah: 101)

“Melemparkan Kitab Allah ke belakang” bermaksud tidak mengamalkan dan tidak mempraktikkan perintah Allah seolah-olah mereka tidak mengetahuinya dan hanya menurut kehendak nafsu mereka sahaja. Janganlah kita mengikuti mereka yang melakukan kesalahan dalam keadaan sedar ini.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: