Jauhi Kezaliman Sesama Makhluk

Kemurkaan Allah bertambah terhadap orang yang menzalimi seseorang yang tidak mempunyai penolong selain Allah (Riwayat Ad- Dailami melalui Sayyidina Ali)

Dalam hadith ini diterangkan bahawa kemurkaan Allah semakin keras terhadap orang yang menzalimi seseorang yang tidak ada orang lain yang dapat membelanya, misalnya ia seorang pendatang atau dagang di sesuatu tempat. Ada sesetengah orang mengambil kesempatan ke atas golongan seperti ini dan menzalimi mereka dengan memerah tenaga mereka untuk melakukan sesuatu pekerjaan tanpa diberi upah atau rehat yang sewajarnya.

Orang yang paling kejam terhadap sesamanya ketika di dunia, kelak di hari kiamat ia akan mendapat seksa yang paling keras di sisi Allah (Riwayat Ahmad melalui Khalid Ibnu Walid)

Jikalau telah terlanjur melakukan penganiayaan atau kezaliman, selesaikan dahulu semasa di dunia ini agar tidak muflis di akhirat sana.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: