Balasan Pertama Dari Allah Buat Muttaqin

Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan). (198)

Orang-orang yang bertaqwa sudah tentunya orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang patuh kepada perintah Allah dan meningalkan larangannya.

Dalam ayat ini disebutkan tentang sungai yang mengalir dibawah syurga yang menunjukkan bahawa tempat itu adalah tempat yang berair dan tidak kering-kontang seperti di tanah Arab atau padang pasir. Air adlah satu nikmat kurniaan Alla SWT. Tanpa air, manusia sukar untuk meneruskan kehidupan.  

Syurga pula adalah “tempat sambutan tetamu” yang menunjukkan bahawa ia hanyalah “balasan pertama” dan ini menunjukkan bahawa banyak lagi balasan yang akan menyusul. Ia umpama hidangan yang pertama disediakan untuk tetamu semasa mereka mula-mula sampai.

Begitulah balasan daripada Allah SWT sebagai tuan syurga kepada mereka yang baik-baik iaitu mereka yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: