Jangan Tertipu Dengan Kemewahan Mereka

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Ali-Imran:196) (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan. (Ali-Imran:197)

Dalam ayat ini disebut “di dalam negeri” kerana biasanya di bandarlah banyak terdapat sumber harta dan kekayaan..

Islam tidak melarang umatnya mencari harta, tetapi diingatkan agar tidak terlalu mengejarnya hingga mengabaikan ibadah dan tanggungjawab. Para sahabat pun ada yang kaya-raya Seperti Sayyidina Usman dan Abdul Rahman Al-Auf r.a. tetapi mereka menggunakan harta mereka bukan sahaja untuk kaya di sini tetapi juga kaya di sana (negeri Akhirat).

Harta dunia ini hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan kemewahan akhirat nanti. Bahkan di sana kita makan dalam pinggan dan sudu yang diperbuat daripada emas.

Walaupun mereka yang kafir diberikan kemewahan di dunia ini, mereka tidak lagi mempunyai kekayaan di sana. malah mereka disediakan tempat yang buruk sekali. Ular dan kala jengking menunggu untuk membelit dan membaling mereka.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: