Bersabar dan Tingkatkan Persefahaman

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali-Imran:200) Baca baki entri ini »

Betulkan Saf

Dari Anas r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w, sabdanya ” Betulkanlah saf-saf (barisan) kamu semasa sembahyang berjemaah, kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu (adalah ia) dari amalan mengerjakan sembahyang dengan sempurna (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Baca baki entri ini »

Ahli Kitab Yang Beriman

Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya. (Ali-Imran:199) Baca baki entri ini »