Ahli Kitab Yang Beriman

Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya. (Ali-Imran:199)

Sebahagian ahli kitab yang terdiri daripada golongan Yahudi dan Nasrani tidak menerima kebenaran Islam dan kedatangan Nabi Muhammad SAW walaupun sudah diterangkan di dalam kitab-kitab mereka iaitu Taurat dan Injil. Para paderi mereka telah mengubah kitab-kitab itu kerana kepentingan peribadi mereka.

Namun ada juga sebahagian lain yang beriman.  Mereka ini tidak menukarkan ayat-ayat Allah SWT dengan habuan dunia yang sedikit. Dalam ayat ini disebut “keuntungan dunia yang sedikit’ itu jika dibandingkan dengan kurniaan Allah di syurga yang tidak terhingga banyaknya. Begitu juga halnya dengan umat Islam dan para kadi juga tidak sepatutnya menukar hukum-hakam hanya kerana habuan dunia yang sedikit.

Mereka ini mendapat dua (2) pahala kerana telah beriman dengan kitab yang diturunkan kepada mereka dan juga beriman dengan Al-Quran.

Akhir sekali diterangkan tentang pantasnya hitungan iaitu hisab Allah SWT di Padang Mahsyar nanti. Sebahagian ulama mengatakan separuh hari manakala sebahagian lagi mengatakan sehari. Sebahagian ulama mengatakan panjang tempoh masa hari itu seperti hari di dunia ini, manakala sebahagian lagi mengatakan ianya masa akhirat iaitu setengah hari adalah bersamaan 500 tahun dunia. Apapun perkiraan dan hitungan Allah amat cepat kerana semuanya telah direkodkan.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: