Takutlah Pada Pencipta Manusia

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai… (An-Nisaa:1)

Manusia

Dalam ayat ini disebut manusia. Manusia berasal daripada perkataan Sanskrit “manus” yang bermaksud jinak. Manusia lebih “jinak” berbanding jin dan binatang yang bersifat ganas. Namun kadangkala manusia boleh menjadi lebih ganas daripada jin dan binatang.

Asalnya Satu Jiwa

Allah SWT mencipta manusia daripada satu jiwa iatu Nabi Adam. Adam bermaksud tanah yang. Kemudian Allah SWT mencipta kembarnya, Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam sebagai teman dan dikahwinkan sebelum mereka bersama di dalam syurga. Daripada seorang manusia, menjadi dua dan seterusnya tersebarlah zuriat nabi Adam. Nabi Adam hidup selama 1000 tahun dan mempunyai 40 orang anak, 20 kembar iaitu 20 kali bersalin.

Takutlah kepada Allah yang menguasai Rahim.

Takut kepada Allah bermakna patuh dan turut Allah. Patuh Allah kita selamat.Allah akan tolong walau dimana kita berada. Allah kuasai Rahim perempuan, Rahim juga nama Allah. Allah yang membesarkan bayi dan memberi makan didalam rahim walaupun pintu rahim telah tertutup. Allah boleh membentuk manusia menjadi cantik, lelaki, perempuan, tinggi, rendah dari 1 titik air mani. Dari 40 titik darah menjadi 1 titik air mani menjadi daging. Allah cipta manusia dalam kegelapan perut,rahim sepertimana manusia memproses filem didalam bilik gelap. Allah mampu mencipta walaupun dari seketul tulang.Takutlah untuk meninggalkan perintah Allah dan takutlah daripada melanggar larangannya.

Takut tetapi Semakin Hampir

Berbeza dengan ketakutan kepada sesuatu misalnya harimau, kita akan menjauhinya, tetapi takut kepada Allah SWT kita semakin menghampirinya. Kita takut Allah SWT tidak suka dengan apa yang dilakukan. Takutlah untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Allah samada dilihat orang atau tidak. Takutlah untuk melakukan dosa di hadapan Allah sehingga kita tidak mampu untuk melakukan dosa. Takutlah kepada Allah zahir dan batin, lakukanlah perintah Allah samada di hadapan orang atau ketika bersendirian kerana Allah memperhatikan segalanya.

Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (Baqarah:287).

Allah SWT mengetahui apa yang kita lakukan mahupun semasa bersendirian atau di dalam gelap atau kita menyuruh atau mengupah orang lain untuk melakukannya. Allah mengetahui segala dosa kita yang dilakukan dihadapannya, bahkan ia direkod oleh malaikat Kiraman Katibin.

Al-Infitar [10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,[11](Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) [12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan

Takutlah kepada Allah samada secara luaran atau dalaman (hati) kerana Allah mengetahui setiap degupan jantung kita Ingatlah Allah dalam setiap detik.

Takutlah kepada Allah kerana dia adalah satu-satunya pencipta dan pemberi rezeki kita. 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: