Dosa Besar Makan Harta Anak Yatim

Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar. (An-Nisaa:2)

Anak yatim ialah anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh. Anak yatim kehilangan tempat bergantung kerana kehilangan bapa yang mencari rezeki atau pendapatan untuk menyara hidup mereka. 

Balasan Makan Harta Anak Yatim 

An-Nisaa [10] : Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala. 

Al-Maun [1] : Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Al-Maun [2] : Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t. masukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya” (Riwayat Al-Hakim)

4 jenis manusia ini tidak masuk syurga melainkan mereka bertaubat, jika tidak mereka akan dimasukkan ke dalam neraka untuk dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam syurga (orang yang mempunyai iman tetap masuk syurga).

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: