Posisi Sunnah Bagi Imam Selepas Solat

Daripada Samurah ra berkata bahawa Rasulullah SAW bila selesai solat, Baginda menghadapkan wajahnya kepada kami. (Riwayat Bukhari)

Kadang-kadang Baginda tidak sepenuhnya menghadap kepada makmum, melainkan hanya berputar 90 ke arah kanan, sehingga makmum berada di sisi kanan dan kiblat berada di sisi kiri beliau. Sebagaimana disebutkan di dalam hadith berikut ini. Daripada Anas ra berkata,”Seringkali aku melihat Rasulullah SAW berputar ke kanan (setelah solat).” (Riwayat Muslim)

Kadang-kadang Baginda menghadap ke arah kiri 90 darjah, sehingga makmum berada di sisi kiri dan kiblat berada di sisi kanan, sebagaimana juga ada dalilnya berikut ini. Daripada Ibnu Mas’ud ra berkata,”Seringkali aku melihat Rasulullah SAW berputar ke kiri (setelah solat).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bahkan ada hadith yang menyebutkan Baginda menghadap ke kanan dan ke kiri. Daripada Qushaibah bin Hulb dari ayahnya bahawa dia solat bersama Nabi SAW, beliau berputar ke dua arah (kanan dan kiri). (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, At-Tirmizy).

Cara kedua (berpusing ke sebelah kiri) jarang diamalkan dan ianya juga adalah antara sunnah Nabi yang telah mati. Nabi SAW yang bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi). Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, iaitu sabdanya yang bermaksud: “Baginya pahala orang yang mati syahid”.

Daripaa Tsauban bahawa Rasulullah SAW bila selesai dari solatnya, beliau bersitighfar tiga kali kemudian mengucapkan: Allahumma antas-salam.” (Riawayat Muslim)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: