Zikir Selepas Solat Berjemaah

Daripada Tsauban bahawa Rasulullah SAW bila selesai dari solatnya, beliau bersitighfar tiga kali kemudian mengucapkan: Allahumma antas-salam.” (Riwayat Muslim). Sesungguhnya mengangkat suara ketika berzikir ketika selesai solat fardhu berlaku ketika zaman Nabi SAW. Berkata Ibn ‘Abbas: “Aku telah mengetahui bahawa solat telah selesai ketika aku mendengarnya (zikir yang dibaca dengan mengangkat suara)”..” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam lafaz yang lain : Kami mengetahui bahawa  Rasulullah SAW telah selesai solat apabila mendengar takbir (lafaz Allahuakbar) (Riwayat Muslim)

Selepas subuh dan asar, berzikirlah panjang sedikit (contohnya tasbih, tahmid, takbir 33 kali) kerana tidak ada solat sunat selepas itu. Kecuali ada majlis ilmu, ceramah agama.

Al-Kahfi [28] Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata…

Rasulullah saw selalu berkumpul bersama para sahabat untuk berzikir dan mengingati Allah, terutamanya pada waktu pagi (selepas Subuh) dan juga pada waktu petang (selepas Asar). 

Berkata Anas bin Malik r.a Rasulullah saw bersabda, (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah dari (selepas) solah fardhu Subuh sehingga naik matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s dan (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah selepas fardhu solah Asar sehingga ghurub matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s..

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: