Jagalah Solat, Khasnya Asar

Baqarah [238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Solat wusta bermaksud solat pertengahan. Ulama berpendapat Solat Asar adalah waktu solat pertengahan kerana ia berada di antara dua solat siang (iaitu Subuh dan Zohor) dan dua solat malam (Maghrib dan Isyak). Waktu asar juga adalah waktu yang menarik kerana matahari ketika ini tidak terlalu panas dan ia juga waktu yang penuh dengan kesibukan seperti menyiapkan pekerjaan, perniagaan atau leka dengan permainan yang boleh menyebabkan tertinggalnya solat Asaar.Waktu Asar datang selepas tidur tengah hari yang mungkin terluput dikerjakan oleh seseorang.

Semasa Perang Khandak atau Ahzab, Rasulullah telah meninggalkan sembahyang Asar kerana membina parit bagi menyelamatkan nyawa orang Islam pada masa itu dari serangan musuh. Rasulullah s.a.w bersabda pada hari peperangan al-Ahzab:
Mereka telah menghalangi kita daripada solat wusta, iaitu solat Asar. Allah penuhkan hati dan rumah mereka dengan api neraka! (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Mas’ud, dia berkata, “Rasulullah s.a.w berkata : “Solat wusta itu adalah solat Asar.” (HR Tirmidzi dan beliau menjelaskan bahawa hadith ini adalah Hassan Sahih)

Imam al-Ghazali mengungkapkan hari Jumaat sebagai:”Ketahuilah olehmu bahawa hari Jumaat itu adalah Hari Raya bagi orang Islam. Iaitu hari yang mulia yang telah dikhususkan oleh Allah S.W.T kepada umat (Nabi) Muhammad s.a.w. Dan pada hari itu ada satu saat yang mustajab doa. Seseorang mukmin yang berdoa dan doanya menepati saat itu, Allah akan memberi apa sahaja yang dia minta. Maka bersiaplah engkau menghadapi Hari Jumaat itu mulai dari petang hari Khamis lagi.

Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Imam Abu Hanifah berpendapat waktu doa makbul pada hari Jumaat ialah selepas Asar (akhir waktu Asar).

Hadith Jabir ra: Maka peganglah erat-erat akhir dari waktu tersebut jatuh setelah Asar. (Abu Daud, anNasa’iy dan alHaakim).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: