Bulan Digandakan Pahala Sedekah

Daripada Ibnu Abbas radliallahu ‘anhu berkata; “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Qur’an kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus.”*_ (HR Muslim No: 4268).

Pada bulan Ramadan, kita hendaklah menjadi lebih dermawan.

Apabila masuk bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. selalu membebaskan semua tawanan (tahanan) dan memberi kepada setiap orang yang meminta (Riwayat Ibnu Said daripada Aisyah r.a.)

Daripada Anas RA, Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Baginda menjawab: “puasa di bulan Syaban untuk memuliakan Ramadan, ” Baginda ditanya lagi, lalu sedekah apakah yang paling utama? Baginda menjawab: “Sedekah di bulan Ramadan.” (HR Tirmizi: No 599, Status Dhaif)

Amalan bersedekah sebagai satu daripada cara untuk menjauhkan dari api neraka. Daripada ‘Adi bin Hatim dia berkata; “Nabi SAW menyebutkan tentang neraka, lalu baginda meminta berlindungan darinya sambil mengusap wajahnya, baginda bersabda …. “Takutlah kamu kepada neraka walau dengan sebelah biji kurma, jika tiada, hendaknya dengan perkataan yang baik.” (HR Bukhari No: 5564, Status: Hadis Sahih)

Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan yang lebih baik serta keberkatan harta di dunia dan pahala yang besar di akhirat.:

“Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (QS Sabaa’:39).

Harta yang kita infak tetap akan kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum tentu mendatangkan manfaat dan pahala.

Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal” (QS an-Nahl: 96)

Sedekah akan menjadi penghindar dari api neraka walaupun sebelah biji buah kurma. Daripada ‘Aisyah bahwa keluarga Rasulullah SAW pernah menyembelih seekor kambing, kemudian disedekahkan kepada orang-orang miskin, lalu Rasulullah bertanya: “Apa yang tertinggal dari (daging) kambing tersebut?”. ‘Aisyah menjawab: “Tidak ada yang tertinggal darinya kecuali (bahagian) bahu (dari) kambing tersebut”. Maka Rasulullah bersabda: “Itu bererti semua daging kambing tersebut tertinggal tetap dan kekal pahalanya kecuali bahagian bahunya”

Tingkatkan sedekah, derma, wakaf kerana itulah yang kekal dan menetap pahala kebaikannya untuk kita, meskipun secara mata kasarnya harta tersebut berkurang

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: