Bulan Yang Dimuliakan

Ramadan bukanlah sekadar bulan puasa. Ia adalah bulan dimana meter pahala berpusing laju, bulan diberikan tawaran diskaun dosa, bulan untuk membakar dan detoks nafsu dan bulan untuk melakukan sesuatu transformasi. Ramadan juga bulan diturunkan Al-Quran, bulan yang di dalamnya Rasulullah s.a.w. banyak bersedekah,  dan hanya pada bulan ini solat terawih dilakukan. Pada bulan ini juga didatangkan malam Qadar atau Lailatul Qadar yang ganjaran beribadat di malamnya menyamai ibadat selama 1,000 bulan. 

Rasullulah s.a.w. telah bersabda kepada sahabatnya “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka ucaplah selamat datang kepadanya. Telah datang bulan puasa yang membawa segala bentuk keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang ini.( Riwayat At-Thabrani ).“

Puasa Ramadan bukanlah sekadar meninggalkan makan, minum dan hubungan seks. Bahkan ia adalah perisai neraka dan mereka yang berpuasa diberikan laluan atau pintu syurga yang khas iaitu Pintu Rayyan. Dibulan ini kita melatih diri untuk bersabar dan mendidik nafsu daripada melakukan perkara yang sia-sia:

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa,  maka janganlah dia melakukan sesuatu yang keji atau marah menjerit-jerit, jika ada orang menghamunnya atau mengajaknya berkelahi,  maka hendaklah ia (bersabar sambil) berkata (dalam hati atau dengan berterang-terang): Aku ini sedang berpuasa ..”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidakmeninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil,  maka Allah tidak berhajat kepadanya meninggalkan makanannya dan minumannya” (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Berpuasa pada siangnya diampunkan dosa. Mendirikan malamnya dengan ibadah juga diberikan pengampunan dosa. Begitu juga mereka yang menghidupkan malam Qadar diampunkan dosa.

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)“

Sesiapa yang qiyam Ramadhan (menghidupkan malam) dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lampau”. (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui nilai pahala seseorang. Berbeza dengan ibadat lain seperti solat yang disebutkan gandaan pahala seperti pahala berjemaah dan pahala solat bersendirian. Nilai pahala tidak disebutkan. Malaikat yang mencatat amalan pula hanya merekodkan samada puasa dilakukan atau tidak dan mereka tidak mengetahui nilai pahala puasa yang dilakukan itu

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: