Keistimewaan Bersahur dan Waktu Sahur

Sahur membezakan puasa kita daripada puasa Ahli Kitab. Melewatkan sahur juga membezakan puasa kita daripada mereka. Waktu sahur pula termasuk dalam waktu doa diterima Allah SWT. Mereka yang beristigfar pada waktu sahur pula adalah antara ciri-ciri ahli Syurga. Selain itu bersahur juga dapat memberikan keberkatan (kekuatan) untuk berpuasa dan beribadat.

Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” (Riwayat an-Nasaie).  Daripada Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Bersahur dapat memenuhkan perut yang kosong itu sekurang-kurangnya hingga waktu Zohor. Daripada Abu Hurairah, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/290, no. 1998. Shahih Ibnu Hibban, 8/253, no. 3475) Status: Hadis Sahih

Pembeza

Baginda Mulia juga pernah bersabda, maksudnya: “Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur”. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Agama akan sentiasa tampak syi’arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), kerana orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.

Orang-orang Islam menyegerakan berbuka puasa sedangkan orang Yahudi dan Nasrani melambat-lambatkannya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Agama akan sentiasa tampak syi’arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), kerana orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.

Waktu sahur dilewatkan seperti yang diceritakan oleh Anas bin Malik RA dari Zaid bin Tsabit: “Kami makan sahur bersama Nabi Muhammad SAW lalu kami solat (subuh) berjamaah”, Anas berkata kepada Zaid: “berapa jarak waktu antara azan (subuh) dan sahur?” Zaid menjawab: “sekitar bacaan al-Quran 50 ayat” (HR Bukhari)

Istigfar Waktu Sahur

Sepertiga akhir malam adalah waktu istimewa untuk ahli ibadah (sekitar jam 3 pagi hingga sebelum subuh). Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) merupakan waktu mustajab doa (doa diperkenan).Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) waktu Allah mengampunkan dosa kepada yang memohon keampunan

Dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.” (HR Bukhari No: 1077) Status: Hadis Sahih

Sifat ahli syurga pula ialah mereka beristigfar pada waktu sahur.

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga,…… (Ali-Imran:15) ……..dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (Ali-Imran:17)

Dalam ayat yang lain:

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Az-Zariyat:16).

Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. (Az-Zariyat:16).

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur (Az-Zariyat:17).

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (Az-Zariyat:18).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: