Tips Dapatkan Nilai Tambah Di Bulan Ramadan

Tipsnya adalah kurangkan, tinggalkan, tahan dan lebihkan.

  • Kurangkan makan misalnya daripada 3 atau 4 kali sehari di luar Ramadan kepada hanya 2 kali sehari.
  • Kurangkan waktu tidur untuk bangun bersahur, bertahajjud dan solat Subuh berjemaah di masjid (bagi kaum lelaki).
  • Tinggalkan perkara yang sia-sia agar tidak mengurangkan pahala puasa dan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata.
  • Tahan pancaindera atau anggota badan daripada melakukan dosa.
  • Lebihkan sedekah, membaca quran, menuntut ilmu dan apa juga amalan soleh. Baca baki entri ini »