Tips Dapatkan Nilai Tambah Di Bulan Ramadan

Tipsnya adalah kurangkan, tinggalkan, tahan dan lebihkan.

  • Kurangkan makan misalnya daripada 3 atau 4 kali sehari di luar Ramadan kepada hanya 2 kali sehari.
  • Kurangkan waktu tidur untuk bangun bersahur, bertahajjud dan solat Subuh berjemaah di masjid (bagi kaum lelaki).
  • Tinggalkan perkara yang sia-sia agar tidak mengurangkan pahala puasa dan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata.
  • Tahan pancaindera atau anggota badan daripada melakukan dosa.
  • Lebihkan sedekah, membaca quran, menuntut ilmu dan apa juga amalan soleh.

Kurangkan Makan dan Tidur

Imam Ghazali dalam kitabnya mengatakan bahawa jika kita tidak merasai kemanisan ibadat dalam bulan Ramadan, maka itu adalah kerana kita tidak mengurangkan makan dalam bulan Ramadan. Sebaiknya kita cuma makan separuh daripada apa yang kita biasa makan di luar Ramadan.

Apabila kita mengurangkan makan, kita boleh menggunakan lebihan wang itu untuk bersedekah atau “sponsor” orang berbuka puasa dan mendapat gandaan pahala.

Antara amalan ahli syurga ialah mereka mengurangkan tidur:

Sajadah [16] Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) sertadengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Rasulullah saw bersabda, perkara yang aku takuti atas umatku adalah perut besar (banyak makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan (Riwayat Daruquthni melalui Jabir r.a).

Orang yang paling disukai Allah di antara kamu adalah yang paling sedikit makannya dan paling ringan badannya (Riwayat Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.). 

Apabila seseorang sedikit makan, maka perutnya dipenuhi cahaya.(Riwayat Ad-Dailami melalui Abu Hurairah r.a.)

Tinggalkan

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)

Tahan Anggota Daripada Dosa

Orang yang berpuasa mampu mendampingi Allah  dengan cara menahan segala perbuatan yang boleh menaikkan nafsu samada melalui penglihatan (mata) percakapan (mulut), pendengaran (telinga) atau pergerakan (tangan dan kaki).

Tahanlah mata daripada memandang perkara-perkara yang dilarang.

Tahanlah mulut daripada mengumpat, mencaci-maki, memfitnah dan bercakap perkara yang sia-sia.  

Tahanlah telinga daripada mendengar perkara yang sia-sia, umpatan, muzik, lawak jenaka. 

Tahanlah kaki daripada menuju tempat maksiat atau tempat yang menimbulkan fitnah.

Tahanlah tangan daripada menyakiti orang lain, atau melakukan perbuatan yang keji.

Lebihkan Sedekah dan Baca Quran 

Daripada Ibnu Abbas radliallahu ‘anhu berkata; “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Qur’an kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus.”*_ (HR Muslim No: 4268).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: