Rasulullah s.a.w. setelah meminum air selalu berdoa “Segala puji bagi Allah yang memberikan kami minum air tawar yang segar dan tidak menjadikannya masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami (Riwayat Abu Naim daripada Abu Jafar). Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman: Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. (Fatir:12)
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (Waqiah:68) Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya? (Waqiah:69) Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. (Waqiah:70)
Ad-Dhuha [11] : Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya
Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.(Hijr:22)
Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai. (Furqan:49)
Dan Kami telah jadikan di bumi: Gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga? (Mursalat:27)
Siapakah yang mampu mencipta air tanpa menggunakan bahan-bahan daripada Allah?
Allah swt berkuasa menghilangkan air dari muka bumi ini dan tiada siapa yang dapat memberikan air kepada manusia selain Allah swt.
Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. (Mulk:30)
Kemusykilan atau pertanyaan