Akhlak Suami Terhadap Isteri

..dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik… (Nisa:19)

Isteri Rasulullah SAW, Aisyah pernah berkata: Maksudnya: Sesungguhnya akhlak Nabi ALLAH SAW adalah Al Quran. Berakhlaklah dengan akhlak Nabi iaitu akhlak AlQuran. Nabi mengamalkan setiap perkara dan akhlak baik yang disebut dalam AlQuran.

Dalam kehidupan rumah tangga Rasulullah s.a.w, baginda telah meninggalkan contoh teladan kepada kita betapa baginda berbuat baik kepada keluarganya. Dalam sebuah hadis, baginda telah bersabda, yang bermaksud: “Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tabrani)

Ingatlah pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam di dalam hadith ini: Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pernah bersabda; “Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang paling baik terhadap isterinya” (Riwayat At-Tirmidzi)

Bahkan Baginda turut membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah dan selalu membuat sendiri sesuatu kerja seperti menjahit pakaiannya tanpa menyuruh isteri Baginda.  Sunnah “layan diri” atau Do IT Yourself (DIY) ini turut diamalkan oleh masyarakat Barat walaupun mereka bukan beragama Islam.

Dalam sebuah hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam kitabnya Asy-Syamail, Aisyah r.a. berkata yang maksudnya: Rasulullah SAW itu adalah seorang manusia biasa, Baginda menjahit sendiri bajunya, memerah sendiri susu dari kambingnya, dan melakukan sendiri perkara yang diingininya.

Imam Ahmad pula meriwayatkan dari Aisyah r.a., yang maksudnya: Rasulullah SAW menjahit sendiri bajunya, memperbaiki sendiri sepatutnya, dan buat seperti apa yang dibuat oleh lelaki lain di rumah mereka.

Sebagai pemimpin, samada kepada rakyat atau keluarga, Rasulullah s.a.w. tidak pernah bercakap kasar, tidak bersikap bengis, tidak marah-marah, tidak menengking atau memalukan mereka yang berada di bawah pimpinannya. Sewajarnyalah kita mencontohi sikap Baginda Mulia dalam hal ini, kerana nilai akhlak mulia Baginda adalah cukup tinggi.

Al-Ahzab [21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,

Advertisement

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: