Utama

Nasbun Nurain bermaksud tegakkan 2 cahaya iaitu Al-Quran dan Hadis.

Nasbun Nurain juga adalah sebuah Kitab Solah 4 Mazhab terbesar dalam Bahasa Melayu karangan Tuan Guru Maulana Syed Noor Muhammad bin Syed Jamal.

Tuan Guru Maulana berkelulusan Mufti, pernah berkhidmat di Pusat Islam. Beliau berasal dari Besut, Terengganu. Mula belajar agama di sebuah pondok di Besut Terengganu, kemudian menyambung pelajaran di Deoband, India. Tuan Guru Maulana telah dikurniakan ijazah untuk mengajar ilmu hadis dari guru-guru hadis di sana. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya berkhidmat di Pusat Islam dan kini menjadi penceramah bebas di masjid dan surau.

Menguasai 15 bidang ilmu seperti mantiq, balaghah dan sebagainya.

Sekarang Tuan Guru Maulana mengajar di beberapa buah masjid dan surau sekitar Lembah Klang seperti Masjid Klang Gates, Masjid Pakistan di Chow Kit, Masjid As-Sobirin Keramat AU5, masjid sekitar Gombak, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bursa Malaysia.

nnj11.jpgNasbun Nurain Jilid 1nnj2.jpgNasbun Nurain Jilid 2

nnj311.jpgNasbun Nurain Jilid 3nnj4.jpgNasbun Nurain Jilid 4

Nasbun_nuraini_frontNasbun Nurain Jilid 5

Harganya cuma RM15 setiap jilid. Boleh didapati dari :-

1) MDC Publishers Sdn Bhd.

2718, Jalan Permata Empat, Taman Permata,

Hulu Kelang, 53300, Kuala Lumpur.

Tel: 03-41086600. F

ax: 03-41081506.

Email: ahussein@mdcbd.com.my

2) Tuan Guru Maulana
Tel. No. : 03-61888686

Untuk melihat nota syarahannya sila “klik” pada “Categories” (mengikut Tajuk) atau “Archives” (mengikut Bulan). Sebarang kesilapan dan kesalahan adalah kesilapan pengambil nota samada kesilapan kefahaman atau pendengarannya.

Advertisements

63 Respons to “Utama”

  1. muhammad Says:

    salam…
    boleh bagi biodata ttg Maulana Syed Noor Muhammad
    citer ttg latar blakang Tuan Guru..ramai yg ingin mengenali lebih rapat dengannya..

  2. sulaiman Says:

    Berasal dari Besut, Terengganu.

    Beliau mula belajar agama di sebuah pondok di Besut Terengganu, kemudian menyambung pelajaran di Deoband, India. Telah dikurniakan ijazah untuk mengajar ilmu hadis dari guru-guru hadis di sana. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya berkhidmat di Pusat Islam dan kini menjadi penceramah bebas di beberapa masjid dan surau.

    Menguasai 15 bidang ilmu seperti mantiq, balaghah dan sebagainya.

  3. muhammad Says:

    Jazakallah khairan kasira…semoga Allah menjayakan dan merahmati segala usaha Tuan Guru Maulana..amin!!!

  4. azhaza Says:

    saya dapat tahu masih ada byk lagi jilid yg belum dikeluarkan. bilakah jilid yg seterusnya akan dicetak.

    • ahussein Says:

      Salam,

      Jilid 5 dalam proses pencetakan dan insyAllah boleh didapati bulan depan Julai. Jilid lain akan diikuti seterusnya setiap bulan.

  5. edjohn1888 Says:

    Saya berpendapat kalau boleh adakan juga ceramah berbentuk video dan biodata tuan guru bersama gambarnya sekali.

  6. Jue Says:

    Assalamualaikum,
    Sy ada membaca artikel yg menulis spt ini: Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

    Saya ingin bertanya sejauh manakah kebenaran kenyataan ini?
    Bolehkan dosa sesorg itu di tanggung oleh orang lain?
    adakah dalil / sunnah yg sahih bagi menyokongnya.
    wasalam.

    • sulaiman Says:

      An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, …

      At-Tahrim [6[ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka….

      Dari Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa saja yang di bawah pimpinannya, apakah dia menjaganya (melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik) atau mensia-siakannya, sehinggakan seorang lelaki akan ditanya tentang ahli keluarganya (Riwayat Ibnu Hibban)

      Suami jugalah yang menanggung kifarah, misalnya dalam kes persetubuhan di bulan Ramadhan. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya:

      Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Celakalah aku wahai Rasulullah s.a.w.

      Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membuatmu celaka?

      Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.

      Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba?

      Lelaki itu menjawab: Tidak.

      Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut?

      Lelaki itu menjawab: Tidak.

      Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin?

      Lelaki itu menjawab: Tidak.

      Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini.

      Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami.

      Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri” [Bukhari-Muslim]

  7. Jue Says:

    Assalamualaikum,
    Sy ingin bertanya bolehkah ssorg itu berpuasa sunat 6 dibulan syawal sedangkan dia belum mengqada puasa ramadhan yg tertinggal (atas sebab yg dibolehkan)?

  8. Jue Says:

    Assalamualikum.
    Adakah di bolehkan seorang perempuan yg dalam keadaan haid membaca alquran (dalam hati).
    dalam keadaan tertentu saya mengamalkan bacaan ayat-ayat quran,cthnya sebelum tidur..dll (dengan niat utk mintak dijauhkan dari bisikan2 syaitan dan untuk memelihara diri).
    Apakah amalan2 yg sesuai diamalkan dalam keadaan ini.
    wasalam

    • sulaiman Says:

      Waalaikummusalam,
      Ulama berpendapat perempuan haid boleh baca ayat quran jika ia adalah wirid atau amalan harian.
      misalnya jika ayat qursi itu adalah wirid hariannya utk menghindarkan gangguan syaitan
      jika perempan haid terpaksa membaca al-quran, bacalah secara sepatah-sepatah…misalnya allahu.. la ilaha illa …. huwal ..hayyul qayyum
      selain itu boleh juga membaca a’uzubillahi minassyaitonirrajim.

  9. Asalammualaikum… « Just to make you smile.blog Says:

    […] ada kaitan dgn hari Khamis…Tulisan dibawah ni saya copy aje ,copy n paste…dari blog https://nasbunnuraini.wordpress.com/about/.Terima kasih pada yang empunya blog…Jom kita […]

  10. hairull hafizal Says:

    asalamualaikum.. apa kah pendapat maulana jika seorang islam pergi ke kuil india batu caves pada hari thaipusam? dan apakah hukum membina patung pemimpin kita?

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam, haram kerana perbuatan itu menunjukkan kita mengiktiraf agama lain sedangkan agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam. Membina patung sesiapa pun haram hukumnya.

  11. hairull hafizal Says:

    apa hukum nya duit dari rancangan money drop?

    • sulaiman Says:

      Haram sekiranya terdapat wang pertaruhan dan ada pihak yang untung dan ada pihak yang rugi.

    • hairull hafizal Says:

      salam.. apa kah hukumnya mengambil insurance nyawa?

      • sulaiman Says:

        Salam..
        Insuran nyawa juga mempunyai unsur perjudian, kerana sebahagian wang diletakkan (premium) dan sekiranya tidak berlaku apa-apa kemalangan atau kerugian, wang itu dikira hangus.Ini melibatkan kerugian di sebelah pihak sedangkan pihak yang satu lagi menerima keuntungan.

  12. MUNIB BIN ANJAM Says:

    askam tuan guru saya ingin membeli buku Nasbun Nurain dari jilid 1 hingga jilid 5 bagaimana caranya?

  13. hairull hafizal Says:

    assalammualai… anak saya selalu terjaga dari tidur selepas pkl 12 mlm dengan menangis dengan kuat seperti mengigau dengan mata yang tertutup . sila berikan bacaan yang boleh saya amalkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi .. insyaallah .

  14. azwa Says:

    salam.bagaimana untuk menebus dosa mencuri dari sebuah pasaraya?bagaimana untuk membayar kembali nilai barang makanan (atau menerima hukuman)yang diambil pekerja dari kedai runcit tempatnya bekerja dahulu yang merupakan franchise syarikat besar.masalahnya manager bukan owner.bagaimana untuk berterus terang dengan majikan?

  15. Cik apple Says:

    Assalamualaikum tn guru,
    Apabila terasa kesal dan sayu di hati, terasa menyesal dengan perbuatan… Maka Saya pun telah bertaubat.. mnmna kita nk tahu taubat kita diterima Allah… Adakah taubat kali ke 2..? Terima kasih tuan.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam…taubat boleh berulang-ulang kali.. yang terbaik ialah taubat nasuha iaitu taubat sekali dan tidak mengulanginya.. Tetapi jika terlanjur, maka pintu taubat sentiasa terbuka selagi belum kiamat atau nyawa masih ada.

  16. Assalamualaikum Says:

    Assalamualaikum. benarkah jika seseorang muslim itu bekerja di slah sebuah kedai seorang peniaga yg bukan beragama islam. dan pekerja muslim itu telah mengambil@mencuri barangan yg ada dlam kedi tersebut. dan tidak menjadi satu dosa @kesalahan bagi pekerja muslim itu di sebabkan peniaga bukan beragama islam. betul ka kenyataan ini.?

  17. hairull Says:

    assalamualaikum… apakah hukumnya tahlil arwah , doa selamat , bacaan yassin pada simati minta penjelasan? zaman rasulullah s.a.w adakah tahlil arwah? bolehkah daging korban bahagian tuan punya nama itu di makan oleh nya dan semasa penyembelihan itu adakah tuan punya nama itu kena hadir sekali ?semasa imam sedang membaca fatihah dan surah , bolehkah makmum membaca fatihah? bolehkah kita menanam gigi untuk mengantikan gigi yang telah dicabut dan semasa mati kita kena cabutkan gigi itu ? terima kasih banyak

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,
      1) Tahlil arwah, doa selamat dan yassin boleh dilakukan dan disampaikan pahalanya kepada simati.

      2) Walaupun tiada pada zaman nabi, tidak ada larangan untuk berdoa kepada simati.

      3) Boleh, tapi cuma 1/3 daripada 1 bahagian.

      4) Tuan korban disunatkan hadir, tetapi kalau tidak dpt hadir boleh diwakilkan.

      5) Makmum baca selepas imam selesai baca fatihah.

      6) Saya kena check dulu.

    • hairull Says:

      bolehkah kita menanam gigi dan apakah hukumnya kalau mati nanti adakah kita kena cabut balik?

  18. mba Says:

    Askm tuan guru, seorang sahabat bekerja sebagai broker menguruskan pinjaman perumahan dan kereta di bank. Walau bagaimanpun beliau kebiasaanya akan mengubah dokumen pelanggan bagi memcerahkan peluang untuk mendapat kelulusan.Adakah perbuatannya mengubah dokumen tersebut berdosa dan begaimana pula kedudukan upah atau bayaran yang diperolehinya?

  19. mba Says:

    Askm tuan guru, saya keliru mengapa selepas sembahyang berjemaah ada dikalangan jemaah bangun dan terus mengerjakan solat ba’diah dan ada pula menunggu selepas imam berdoa. Apa beza sebenarnya?

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam…
      Daripada Huzaifah r.a., rasulullah s.a.w. bersabda “Segeralah mengerjakan solah sunat sesudah Maghrib itu supaya dapat terangkat bersama amal solah Maghrib (Riwayat Al-Baihaqi)
      1) Jika ada solat sunat selepas fardhu itu misalnya solat ba’diah Maghrib, Zohor, Isya’ maka ringkaskan zikir/wirid dan terus solat sunat.
      2) Kalau imam zikir ringkas, bolehlah tunggu untuk berdoa bersama imam.
      3) Tujuan disegerakan itu ialah supaya ia terangkat bersama-sama solat fardhu (hadith di atas) kerana pahala solat boleh sunat menampung kekurangan solat fardhu (hadith di bawah).

      Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari qiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hamba-Ku, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hamba-Ku ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hamba-Ku itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.

  20. mba Says:

    Askm tuan guru, benarkah seseorang boleh melihat makhluk halus (jin dan syaitan) sebab seorang kawan telah pergi berubat dengan seorang ustaz (perubatan islam), ketika berubat beliau mendakwa boleh melihat jin dan telah memasukkan jin tersebut ke dalam botol.

    • sulaiman Says:

      Boleh melihat jika Allah buka hijab penglihatannya, tetapi agak pelik untuk memasukkan jin ke dalam botol kerana jin itu makhluk halus dan berasal daripada api. Wallahua’lam. Nanti saya tanya tuan guru secara detail.

  21. Tanpa Nama Says:

    Salam, apakah hukum imam melihat mushaf ketika mengimamkan solar fardhu?

    • sulaiman Says:

      Salam, sah pada mazhab Syafie. Cuma Sayyiddina Umar tidak suka perbuatan itu kerana terdapat firman Allah…
      Muzammil [20] : … oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang)….

      • Munib Anjam Says:

        Askm, apakah tanda tanda yang terjadi apabila sesorang menghapiri kematianya. Adakah benar seseorang yang berilmu dapat mengetahui waktu kematianya.

  22. MOHAMAD KHALIL B MOHD TAHA Says:

    AsSalam. Tolong beri jaduai bulanan kuliah kitab Nasbun Nurain oleh Maulana Ust Syed Noor Muhamad dan dimana ?

  23. mohammad Says:

    salam
    imam bangun selepas rakaat keempat dan makmum membaca tasbih.lalu imam sedar dan turun kemudian bersujud sahwi tetapi makmum tidak ikut sujud sahwi dan tunggu imam selesai sujud kemudian beri salam mengikut imam.sahkah solat makmum yg tidak ikut sujud sahwi?jazakallah.

    • sulaiman Says:

      Sah tetapi makruh kerana menyalahi (berbeza) imam. Dalam hadith disebut dijadikan imam untuk diikuti dan juga imam menanggung solah makmumnya..

  24. siti Says:

    assalamualaikum wbt.
    1. saya membersihkan punggung anak yang sudah buang air besar ( mencebok anak ) saya sudah yakin bahawa punggungnya benar-benar bersih walaupun tidak menggunakaan sabun. tetapi masih terdapat bau yang masih ada melekat pada tangan dan punggung anak ( biasanya bau najis memang kuat ). soalannya, adakah dikira najis air lebihan meleleh daripada pada punggung anak yang sudah bersih tadi disebabkan bau yang masih melekat tadi?

    2. anak membuang air besar. dia memakai pampers. tetapi seluarnya ana melekat bau najis. sya yakin dan pasti tiada kebocoran yang berlaku. hanya seluar itu shaja melekat baunya. soalannya, adakah seluar itu dikira kotor dan bernajis? sedangkan ia masih bersih

    mohon pencerahan segera kerena saya amat was-was tentang ini

  25. mhd nasser b long Says:

    Assalamu’alaikum . Bagaimana untuk saya dapatkan kitab Nasbun Nuraini JILID 1 ?.

  26. ummu bahirah Says:

    We are aware of the famous Hadith that its meaning is ‘we are people that we don’t eat unless we feel hungry and when we eat we don’t up to feeling full’.
    But what about other hadits that describes otherwise. For example the hadits in Bukhari where the prophet gave Abu Hurairah to drink milk until he is so full that he cannot drink anymore.

    i hope that i can get the answer as soon as possible. thanks.

  27. fnatasha3 Says:

    After doing istikharah prayer,some ulama believe that one should open his heart to Allah and feels what his heart tells what he should do.On the other hand some ulama believe that one should just do what he intended to do before making the istikharah. If the thing is good for him, Allah will make it happen in a good way. If it is bad, Allah will make the situation as such that he is unable to carry out what he intended to do.In this case the istikharah is not to seek guidance.Rather more of seeking Allah’s assisstance to whatever decision that has been made. What is your opinion in this matter and the reasons for it.Thank you.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam… Yes you are right based on the istikharah doa in the hadith “…… O Allah ! If you know that this matter is good for me in my religion, my livelihood, and for my life in the Hereafter, then make it (easy) for me. And if you know that this matter is not good for me in my religion, my livelihood and my life in the Hereafter, then keep it away from me and take me away from it and choose what is good for me wherever it is and please me with it.”

      From what I learn from Maulana, we have to do istikharah first for 3 or 5 days and after that only do what we intend to do. If it feels right, just proceed. Otherwise, don’t.

  28. Zahra Says:

    Assalamualaikum.

    Saya ada kemusykilan nak tanya. Baru-baru ni, saya disuruh bersumpah laknat atas nama ALLAH s.w.t dengan kaliamh wallahi, wabilallhi dan watallhi bahawa saya tidak menyimpan sesuatu benda. Tetapi sememangnya saya ada menyimpan benda tersebut. Sumpah tersebut dilakukan atas ketidakrelaan saya disebabkan saya nak menjaga hubungan antara saya dengan orang tersebut (orang yang menyuruh saya bersumpah). Saya takut akan dilaknat oleh ALLAH s.w.t. Bagaimana say nak batalkan sumpah tersebut. Tolong lah saya. Saya buntu. Terima kasih.

    • sulaiman Says:

      Tidak sah sumpah yg tidak disertai niat di hati walaupun betul lafaznya. Tiada istilah sumpah laknat..

      • Zahra Says:

        Macam mana saya nak tau sumpah tersebut tidak disertakan niat. Sedangkan yang bersumpah itu adalah saya. Bagaimana pula sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful yang menyatakan dia tidak bersalah (kes anwar ibrahim

      • sulaiman Says:

        Tidak rela atau dipaksa bersumpah bermakna tiada niat.

    • Zahra Says:

      Untuk pengetahuan tuan, orang yang menyuruh saya bersumpah ialah suami saya sendiri. Dan semasa saya bersumpah saya disuruh memegang al-quran dan dipaksa untuk bersumpah walaupun tidak rela.

  29. Tanpa Nama Says:

    Salam,

    Tolong minta Maulana terangkan secara jelas cara penyusunan saf solat bagi orang dewasa, kanak2 (sudah khatan/belum khatan, mumayyiz/belum mumayyiz,) dan wanita sunnah Nabi saw dan yang diamalkan di 300 tahun awal Islam. Banyak kekeliruan kelihatan di surau2 dan masjid2 sekarang ini.

    • sulaiman Says:

      Salam.
      Dalam hadith disebut, “Adalah Rasulullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak.” (Riwayat Muslim).

  30. Tanpa Nama Says:

    Orang bijak pandai sekarang berhujah bahawa kanak2 yg sudah berkhatan boleh bersama dlm saf org dewasa. Adakah ini bertepatan dgn sunnah nabi saw dan sahabat rhum? Adakah kitab yg menerangkan dgn jelas hal ini?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: