Dakwah: Menyeru kepada kebaikan

Dikirim dalam Dakwah. 4 Comments »

Dakwah Nabi kepada peminum arak.

Dikirim dalam Dakwah. Leave a Comment »

ALLAH tidak perlukan anak.

ALLAH tidak perlukan anak. Tidak seperti dakwaan Kristian bahawa ISA itu anak Tuhan. Hanya manusia yang perlukan anak untuk menyambung keturunan. Tetapi ALLAH itu AWAL dan dialah AKHIR,tidak mati, tidak mengantuk, tidak tidur. Jadi untuk apa dia perlukan anak.Nabi ISA itu hamba tuhan seperti kita. Beliau hanya penyampai wahyu, untuk umat dizamannya. Tempohnya sudah tamat atau EXPIRED seperti PANADOL yang tamat tempohnya. Nabi ISA di telah di wafatkan (tamatkan tugasnya) atau pencen, dan akan kembali suatu masa nanti untuk melawan DAJAL.

ALLAH itu tetap ESA ZAHIR dan BATIN.Tidak seperti biji sawi. Hanya esa pada zahirnya, tetapi boleh dibelah pada akal manusia. ALLAH tetap tunggal pada zahir dan pada akal manusia. Kalau Tuhan ada 2 atau 3, letihlah manusia menyembah 2-3 tuhannya.Bak kata pepatah Melayu, gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati ditengah. Kalau ada 2 tuhan, matilah kita bila tuhan itu berperang antara satu sama lain.

Kisah wali bertemu wali

Seorang wali ALLAH pernah bertanya
tentang siapakah jirannya di syurga.Lalu diberi ilham, jirannya
berada di sebuah negeri lain.

Kemudian wali itu pun berangkat ke negeri itu.
Tiba disana, beliau bertanya tentang
lelaki yang dicarinya itu.

Lalu diberitahu lelaki itu bekerja disebuah restoran.
Setibanya direstoran itu, beliau amat terkejut
apabila dilihat lelaki itu
bekerja sebagai penuang arak.

Apakah ini jiranku di SYURGA? Kata wali itu.

Si wali itu terus melangkah pergi.
Kemudian lelaki bartender itu memanggilnya dan berkata
“Encik datang dari jauh nak jumpa saya, takkan dah nak balik”

Terkejut wali tersebut.
Kemudian lelaki itu menceritakan sebenarnya dia telah
diarahkan oleh ALLAH untuk berdakwah kepada peminum arak.
Jadi sambil dia menuangkan arak, dia berdakwah.
Hasilnya 40 orang telah berhenti minum arak.

Dari segi syara’ memang HARAM bekerja sebagai penuang arak.
Tetapi lelaki ini dikecualikan oleh ALLAH atas dasar DAKWAH.

Berdakwahlah dimana saja mengikut kemampuan dan kepakaran.