Fadhilat Berpuasa Sunat Hari ‘Ashura

Berpuasa sunat pada hari ‘Ashura iaitu pada 10 Muharram mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam. Rasulullah (saw) sentiasa menunggu hari ini untuk berpuasa kerana ganjarannya sangat besar. Berkata Ibnu Abbas (ra) yang maksudnya;

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah (saw) begitu bersungguh untuk memastikan Baginda berpuasa pada mana-mana hari atau memilih hari-hari tertentu kecuali hari ini, yakni hari ‘Ashura dan bulan ini yakni bulan Ramadan.” (HR Bukhari) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Fadhilat, Puasa. 4 Comments »

Kelebihan Membaca Al-Quran

Dikirim dalam Fadhilat, Quran. 4 Comments »

Kelebihan Qulhuwallah

Dikirim dalam Fadhilat. 2 Comments »

Kelebihan Sembahyang Berjemaah Di Masjid

LailatulQadar

Menjatuhkan ekor serban

Pakai serban perhiasan menghadap raja

Kelebihan masjid dan Baitullah

Dikirim dalam Fadhilat, Haji, Masjid. 2 Comments »

KELEBIHAN BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

HANCUR DAN KURUS SYAITAN

Sabda Nabi s.a.w

Tiada daripada seorang hamba yang berkata BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM melainkan hancur syaitan seperti hancur timah di atas api

Abdullah bin Mas’ud berkata ” Syaitan mukmin itu kurus

Kurus kerana orang mukmin patuh pada Allah. Syaitan gemuk hanya bila ada penderhakaan pada Allah. Syaitan dijadikan untuk orang Kafir:

Maryam [83] Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?

Qais Ibnu Al-Hajjaj berkata ” Syaitan dalam badanku berkata ” Aku masuk dalam badan kamu seperti unta pada mulanya dan sekarang aku seperti burung ciak”. Maka tanya Qais “Mengapa demikian? Kata Syaitan itu ” Engkau menghancurkan aku dengan zikrullah

Zikrullah iaitu mengingati Allah menghapuskan dosa dan menutup ruang untuk Syaitan masuk. Syaitan masuk ke dalam hati bila kita lalai dari mengingati Allah seperti nyamuk yang menghisap darah kita. Hati itu tempat kita melahirkan ingatan dan rasa kasih sayang kepada Allah.

Zikir itu lebih besar dari jihad dan sedekah emas perak. Ramai orang duduk atas tilam empuk masuk syurga yang hebat kerana zikir.

Zikir Lailahaillah menghapuskan dosa.

Dengan syarat mulut orang yang membacanya (Bismillah) bersih, jiwanya bersih, ibadat dan takwanya baik, Bismillah memberi kesan yang besar kepada manusia yang membacanya dan juga pada Syaitan dalam dirinya.

MENJADI UBAT DAN ALLAH BERKATI URUSAN

Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

Para wali dan mereka yang mendampingi Allah boleh menghalau harimau, mengubati penyakit, berjalan di atas air hanya dengan membaca Bismillah. Kesucian hati sangat penting dalam bacaan dan zikir mendampingi Allah. Mereka yang sucti hatinya dan hubungan dengan Allah, baca apa pun dari Al-Quran berhasil amalannya.

Tidak boleh BISMILLAH atas benda yang haram atau makruh, kerana seolah-olah kita menghalalkan benda itu. Nama Allah hanya boleh disebut pada benda yang halal sahaja.

SELAMAT DARI NERAKA

Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 .Ibnu Mas’ud berkata: “Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.”

Audio mp3:

http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/244/Kitab_Tasawuf_-_Jauhar_Mauhub 

 

Memberi makan orang berpuasa

Rasulullah s.a.w bersabda “Orang yang memberi makan dan bersyukur kepada Allah, tarafnya sama dengan orang yang berpuasa. Baca baki entri ini »

Kelebihan Ramadhan

BULAN REJAB MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

 

PENGENALAN

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: –

(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

Baca baki entri ini »

Kelebihan masjid

Dikirim dalam Fadhilat, Masjid. 3 Comments »

Fadilat dan kelebihan wudhu’

Orang yag tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa.

Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur bersamanya.

Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) , sudah cerah lagi bersuluh.

Doa selepas wuduk gugurkan dosa.

Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa antara 2 waktu solat.

Air wuduk dan mandi junub  menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.

Dikirim dalam Fadhilat. 1 Comment »

Air dari mandi junub melahirkan MALAIKAT

Mengikut satu hadis:Air dari mandi junub melahirkan MALAIKAT.

1 MALAIKAT mempunyai :-

  • 1 MUKA,
  • 1000 MULUT
  • 1000 LIDAH yang berSELAWAT dalam berlainan bahasa
  • sambil “round” satu alam memberitahu nama “tuan punya”

Maka, rajin-rajinlah mandi wajib dan …..

* Ada yg mengatakan ini hadis daif.. apapun ini hanyalah bab fadilat/kelebihan mandi wajib sahaja.