Hukum Memberi Salam Ketika Selesai Solat

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata maksudnya,

“Sesungguhnya Rasulullah saw adalah memberi salam ke kanannya, dengan assalamualaikum warah matullah, sehingga dapat pandang keputihan pipi kanannya, dan ke kirinya dengan assalamualaikum warah matullah, sehingga dapat pandang keputihan pipi kirinya.” (HR Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasaai dan Ibn Majah (‘Ammar bin Yasir) dan Mishkat) Baca baki entri ini »

Takbir sembahyang

Thoma’ninah

Nabi tak suruh ikut mazhab?

Dikirim dalam Mazhab. 2 Comments »

Panduan dalam beragama dan berhukum

Petikan dari Kitab Nasbun Nurain dan ceramah-ceramah maulana:-

Umat islam diwajibkan mengikut jemaah ramai dalam urusan beragama, iaitu mengikut 4 mazhab iaitu (Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki) kerana majoriti umat islam seluruh dunia terkumpul dalam 4 mazhab yang besar.

Hendaklah kamu bersama dengan jemaah ramai umat islam..Hadith Ahmad dalam masnadnya(Muaz bin Jabal r.a), Jame’ Saghir 1/309.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Feqah, Mazhab. 1 Comment »

Kemusykilan tentang mazhab

1) Bolehkah kita mencampurkan beberapa mazhab dalam amalan, misalnya wuduk ikut Hanafi, sembahyang ikut Syafie (campur mazhab)?

2) Bilakah boleh taklid (ikut) kepada mazhab lain, selain mazhab yang kita pegang, adakah hanya bila ada keperluan atau darurat sahaja?

3) Adakah kena tahu semua dalam mazhab itu (selain dari mazhab kita) baru boleh taklid (ikut)?

4) Perlukah dilafaz taklid?

Jawapan:- Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Feqah, Mazhab. 2 Comments »

Mazhab

Apa itu mazhab?
Secara ringkas Mazhab bermakna jalan. Jadi bila ada jalan yang “jam”, kita boleh cari jalan alternatif. Begitu juga dalam beribadat.

Dalil kena ikut Mazhab:-

Nabi Muhammad juga taqlid (ikut) agama Nabi Ibrahim:-

An-Nahl [123] Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar dan tiadalah dia dari orang-orang musyrik.

Sabda Nabi “Sesiapa yang tidak berpegang pada sabdaanku mereka akan sesat“. Empat (4) mazhab yang besar (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali) semuanya berpegang pada sunnahnya. Asalnya dari satu, kesemua 4 mazhab yang besar ini berasal dari 1 kepala iaitu Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi).Matlamat mereka juga satu (bawa manusia balik ke akhirat dengan selamat). Ikutlah hukum-hakam yang terkandung dalam 4 mazhab yang muktabar, yang besar. Jangan lari dari mazhab. Semua mazhab (yang 4) sudah mantap, sempurna susunan hukumnya dan tidak boleh diubah. Terpulanglah kepada kita untuk memilih mana-mana pendapat.Umat Islam telah terkumpul dlm 4 mazhab (Nasbun Nurain Jilid 1)

Sebaik umatku ialah yang berada di zaman aku dibangkitkan padanya, kemudian mereka yang berada pada zaman yang mengiringinya,kemudian mereka yang berada pada zaman yang mengiringinya (dan seterusnya hadith tersebut) Riwayat Muslim,Abu Hurairah r.a. Jame’ Saghir 1/624

Sebaik manusia ialah mereka yang berada pada masa atau sezaman denganku kemudian mereka yang mengiringi mereka (dan seterusnya hadith tersebut) Muslim ,Aishah r.a. Jame’ Saghir 1/622

Sebaik manusia ialah mereka yang berada semasa denganku, kemudian mereka yang berada pada zaman ketiga.kemudian datang mereka selepas itu tiada kebaikan padanya (dan seterusnya hadith tersebut) Riwayat Muslim ,Aishah r.a. Jame’ Saghir 1/622

Imam Abu Hanifah lahir tahun 80Hijrah (sahabat Nabi masih ada pada masa itu). Imam Malik 15 tahun kemudian. Imam Syafie lahir sekitar 150 Hijrah. Imam Hambali lahir sekitar tahun 200 hijrah. Imam Syafie dan Maliki juga murid kepada Imam Abu Hanifah.(Belajar satu ilmu pun dikira berguru juga).

Setiap zaman lebih kurang 80 tahun. Jadi 3 zaman bersamaan 240 tahun Hijrah. Imam-imam 4 mazhab berada dalam 3 lingkungan zaman tersebut. Umat-umat pada 3 zaman itu jauh lebih baik berbanding umat sekarang dari segi keagamaan dan tidak begitu cinta kepada keduniaan.

lmu feqah sebenarnya luas.Inilah ilmu IT dalam Islam.

Beza mazhab Syafie dan mazhab Hanafi ialah :-
– Syafie ikut “apa yang nabi buat, walaupun nabi tak suruh / order / perintah”.
– Mazhab Hanafi hanya buat apa yang nabi perintah. Kalau nabi tak suruh, mereka tidak buat.

Contohnya doa qunut. Syafie mengekalkan doa qunut sebab nabi pernah buat doa qunut. Nabi buat qunut cuma sebulan semasa orang Islam yang dihantar untuk berdakwah disatu tempat dibunuh secara zalim.

Qunut yang nabi sentiasa buat ialah pada waktu Solat Witir sahaja. Mazhab lain tidak melakukan qunut pada waktu Subuh kerana Nabi tidak suruh.

Mana yang lebih baik, bergantung kepada situasi .Lagipun semua 4 mazhab yang besar adalah betul. Itu rahmat ALLAH. Kalau kita solat bersama orang mazhab Hanafi, ikutlahlah cara mereka.