Berdiri hanya untuk Allah, hormati guru

Rasulullah s.a.w bersabda “Siapa suka orang berdiri tegak menghormatinya, maka siaplah tempat untuknya di neraka”. (Riwayat Ahmad dari Muawwiyah)

Dalam quran ada ayat “qumu lillah qanitin”, berdiri tegak hanya layak untuk Allah.

Baqarah [238]……..dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Walaubagaimanapun dibolehkan berdiri (sukarela) untuk menghormati guru, pemimpin, orang lebih tua. Imam Abu Hanifa hormat gurunya walaupun dia seorang kafir. Dia tanya gurunya itu, bila anjing cukup umur. Kata gurunya bila anjing itu kencing berdiri. Imam Abu Hanifah bangun bila gurunya yang kafir lalu dekat dengan tempat dia mengajar. Walaupun mengajar hanya satu ilmu, tetap dianggap guru. Ijtihad Imam Abu Hanifah berkat kerana hormatnya pada guru.

Jangan berdiri kerana dipaksa atau membuat peraturan supaya orang berdiri untuk menghormati kita. Para sahabat bangun bila Nabi masuk, Nabi kata jangan bangun untuk aku.

Dikirim dalam Guru, Hadith. Leave a Comment »

Berguru biar ramai

Kata Sayyidina Ali:-
Berguru biar ramai.
Dengar apa yang di cakap
Bukan siapa yang bercakap
Imam Syafie dan Ghazali gurunya sampai 4000 orang.

Setelah mendengar dengan tekun
Sampaikan walau sepotong ayat

Dikirim dalam Guru. Leave a Comment »