Kisah Nabi Nuh

Dikirim dalam Kisah teladan. 1 Comment »

Kisah Nabi Musa dan Yahudi

Ali-Imran[24] Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api Neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. Baca baki entri ini »

Kisah Nabi Ibrahim vs raja Namrud

Modal RM7 jadi jutawan

Kisah Talhah dan pokok kurma

Dikirim dalam Kisah teladan. 1 Comment »

Lupakan Allah di luar majlis ilmu?

Yang Remeh dan Yang Temeh

Siti Zubaidah, seorang penyanyi yang kaya di masukkan kedalam syurga kerana mendapat keampunan ALLAH.Keampunan itu bukan kerana jasanya membina parit antara Madinah ke Mekah.
TAPI kerana menghormati AZAN. Beliau menghentikan nyanyiannya bila tiba waktu azan.

Sayidina Umar diampunkan kerana beliau kesiankan seekor burung ciak.

Kadang-kadang benda yang kita rasa remeh temeh itulah yang ALLAH ambil kira. Jadi jangan anggap benda2 kecik tak perlu buat. Walaupun sekadar sunnah2 kecil, tapi kalau yang kecil itu pun tak terbuat, apalagi sunnah yang “besar-besar”.

Allah lebih mengetahui

Kadangkala ALLAH sengaja menolak sesetengah permintaan kita
kerana dia lebih mengetahui yang tersirat.

Kisah Nabi Zakaria
Asalnya beliau mandul. Kemudian berdoa agar dikurniakan zuriat sebagai waris.
ALLAH maqbulkan doanya.
Dapat anak lelaki, iaitu Nabi Yahya.

Nabi Yahya seorang yang berjaya mengawal nafsunya.
Beliau tidak ingin berkahwin kerana ingin menumpukan pada ibadatnya.

Seorang penari istana jatuh cinta kepadanya.
Namun cintanya bertepuk sebelah tangan.

Satu hari ada tetamu istana datang dan raja telah meminta
penari itu membuat persembahan.
Penari tersebut tidak mahu menari, sehinggalah raja itu berjanji untuk
menunaikan apa saja permintaannya.
Lalu penari tersebut meminta kepala Nabi Yahya.
Maka raja terpaksalah menyuruh pembunuh upahan
membunuh Nabi Yahya.
Akhirnya terbunuhlah Nabi Yahya.

Kisah seorang yg berhajatkan anak perempuan
Seorang lelaki telah mempunyai beberapa anak lelaki
berdoa agar diberikan anak perempuan pula.

Setelah dimakbulkan doa, anaknya itu dilahirkan cacat dikepalanya.
Anak itu terpaksa menjalani pembedahan.
Hidup beberapa tahun akhirnya meninggal.