Hukum Memberi Salam Ketika Selesai Solat

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata maksudnya,

“Sesungguhnya Rasulullah saw adalah memberi salam ke kanannya, dengan assalamualaikum warah matullah, sehingga dapat pandang keputihan pipi kanannya, dan ke kirinya dengan assalamualaikum warah matullah, sehingga dapat pandang keputihan pipi kirinya.” (HR Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasaai dan Ibn Majah (‘Ammar bin Yasir) dan Mishkat) Baca baki entri ini »

Riak Dan Pecahannya

Riak adalah merupakan satu amalan yang kecil sahaja. Ia kadangkala hanya tersemat di celah-celah masalah yang begitu banyak, tetapi tindakannya, memberi kesan yang sangat besar dan buruk, menyebabkan mereka yang terlibat akan terhina, bankrap, mereka tidak mempunyai harapan langsung untuk menjayakan diri mereka. Amalan yang diharap-harapkan untuk membantu mereka di alam Baqa’ telah hangus, dan tidak diterima, walaupun amalan riak hanya kecil sahaja. Baca baki entri ini »

KEPANASAN NERAKA

Dikirim dalam Nasbun Nurain. 1 Comment »

Jilid 5 telah keluar

Kitab Nasbun Nurain Jilid 5 boleh dibeli pada semua kelas pengajian Maulana (rujuk Jadual Kuliah) dan juga di pejabat berikut:

MDC Publishers Sdn Bhd
2718, Jalan Permata Empat,
Taman Permata, Hulu Kelang,
53300, Kuala Lumpur
Tel: 03-41086600
Fax: 03-41081506
Email: ahussein@mdcbd.com.my

Antara persoalan yang dibincangkan dalam jilid ini ialah:

Soal 28 – Apakah hukum berwuduk 3 kali?

Soal 29 – Berapa anggota wuduk yang kena basuh dan berapa pula yang kena sapu?

Soal 30 – Apakah had membasuh muka ketika wuduk?

Soal 31 – Adakah anggota sapu pada permulaan hukum berwuduk?

Soal 32 – Kenapa kaki dihukumkan dengan sapu (ketika wuduk)?

Soal 33- Masih adakah yang masih menyapu kaki sekarang (ketika wuduk)?

Soal 34- Apakah menyebut nama Allah s.w.t. dalam berwuduk wajib atau sunat?

Soal 35 – Bagaimana amalan yang bersifat ‘ruhani’ atau ‘abstrak’ itu dapat ditimbang ketika timbangan amal di hari Kiamat?

Soalan 36- Dalam Hadith  ada disebutkan, bahawa Rasulullah s.a.w masuk ke rumah wanita Ansar untuk memakan daging unta sedangkan cara tersebut adalah dilarang dalam syarak? Rasulullah s.a.w masuk ke dalam rumah wanita?

Soal 37 – Adakah binatang sembelihan orang wanita halal dimakan?

Soal 38 – Pada permulaan Islam, wajib berwuduk selepas memakan daging unta, kambing. Kemudian hukum itu dibatalkan. Kenapa boleh dibatalkan wajib berwuduk yang sabit dari perintah Rasulullah s.a.w. dengan amalan Rasulullah s.a.w.? dan bukankah cara ini adalah  menyalahi kaedah hukum.

Soal 39 – Jika Marwan dianggap orang yang tidak berapa baik, kenapa Bukhari dan Muslim meriwayat Hadith dari beliau.

Soal 40- Tersebut di dalam kitab hadith Imam Abu Daud ada seorang Badwi yang telah bertanya Rasulullah s.a.w., soalannya, “Adakah saya yang menyentuh zakar saya atau seorang lelaki yang telah menyentuhnya ketika bersembahyang wajib ia berwuduk?” Maka jawabnya, (sabdanya) “tidak, ia sebahagian dari anggota (badan) kamu.”

Soalnya, kenapa lelaki Badwi itu terpaksa bertanya, atau mengesahkannya dari Rasulullah s.a.w. sendiri?

Soal 41- Bilakah sepatutnya tukang azan buat iqamat?

Menarik di dalam:

  • Dakwah Rasulullah saw kepada jin
  • Rasulullah s.a.w. pernah berwuduk dengan air mutlak yang bercampur tepung, air tamar?
  • Kelebihan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk
  • Kelebihan berwuduk
  • Kelebihan berwuduk dengan menyebut Nama Allah s.w.t.
  • Jangan pandang ringan dosa-dosa kecil
  • Tidak melakukan dosa besar, dosa kecil diampunkan
  • Pintu Syurga ada 8
  • Perhitungan di hari kiamat cepat selesai
  • Keadaan di Padang Mahsyar
  • Agama Islam
  • Tentang Neraka
  • Tentang Syurga, Bidadari
  • Sedekah dan zakat

Soal 9 – Tentang Kiblat

Berkata Abu Ayub Al-Ansari, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (kepadanya), apabila kamu mendatangi tempat sunyi untuk buang air besar atau kecil, maka janganlah kamu menghalakan ke arah kiblat, atau membelakanginya, tetapi hendaklah kamu menghala ke timur atau barat. Kata Abu Ayub r.a. apabila kami sampai ke Syam (Syria) maka kami dapati tandas-tandas telah dibina menghala ke kiblat. Maka kami berpusing darinya dan minta ampun dari Allah S.W.T

Dalam hadis di atas terdapat suruhan kepada orang yang ingin buang air supaya menghala ke barat atau ke timur sedangkan barat terdapat kiblat dan timur pula Baitul Maqdis. Apakah perkara yang sebenarnya yang dimaksudkan dalam hadis di atas?

Keterangan lanjut dalam Nasbun Nurain Jilid Kedua (2).

Soal 8:Tentang Hadis hijrah sahabat

Hadis dari Umar: 

Hanya sesungguhnya amalan itu dengan Niat, dan hanya sesungguhnya bagi tiap seseorang apa yang diniatkan, maka siapa yang berhijrah (berpindah dari Makkah Mukarramah ke Madinah Munawwarah) kerana Allah dan Rasul-nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasulnya (sehingga akhir hadith tersebut)

Persoalannya:

  1. Bagaimana hendak tentukan tujuan hijrah para sahabat, samada kerana Allah dan Rasulnya atau kerana yang lain?
    • Jawapannya mungkin anda kata berdasarkan niat.
  2. Jika hijrah itu memerlukan niat, adakah ianya (hijrah) merupakan satu amalan ibadat?

Ikuti diskusi lanjut dalam NNJ2 (Nasbun Nurain Jilid 2).

Soal 7 : Bagaimana hendak mengikhlaskan amalan ibadat kerana Allah?

Firman Allah: 

Al-Bayyinah [5] Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar

Dari ayat di atas timbul satu persoalan.

Bagaimana hendak mengikhlaskan segala amalan ibadat semata-mata kerana Allah?

Ikuti perbincangan dan jawapan dalam Nasbun Nurain Jilid 2.

Soal 6 : Memasukkan niat ke dalam Takbir (hulul)?

Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah mengajar sahabatnya berniat (berdasarkan hadis-hadis yang dikemukakan dalam Nasbun Nurain Jilid 2). Cuma imam mujtahid 4 mazhab yang mengajar kita cara berniat. (mereka punya lesen besar untuk keluarkan pendapat)

Di antara imam-imam ini juga berbeza pendapat tentang niat. Misalnya Imam Syafie mengatakan niat itu sebahagian dari Rukun sembahyang, manakala Imam Hanafi dan Hambali mengatakan niat itu pra-syarat untuk sembahyang (sebelum takbir dan diluar dari sembahyang).

Bagi yang mengatakan niat itu sebahagian dari rukun dan memasukkan niat ke dalam takbir (dipanggil hulul-2 rukun dicantum jadi 1), timbul satu persoalan.

Apakah niat yang dimasukkan kedalam takbir  itu:-

  1. Tidak dapat dipisahkan antara keduanya, seperti pewarna masuk ke dalam air (Hulul Suryani)
  2. Dapat dipisahkan, seperti air yang masuk ke dalam kain. Apabila diperah kain, keluarlah air (Hulul Suryani)

Apakah serapan (rukun ke dalam rukun) dibenarkan syarak, sedangkan perbuatan lain tidak boleh diserapkan dan mesti diasingkan antara satu perbuatan ke perbuatan yang lain? Contohnya bangkit dari rukuk dan iktidal tidak boleh diserapkan dan mesti diasingkan.

Persoalan ini dijawab dan dibangkitkan dalam Nasbun Nurain Jilid 2.

Soal 5 : Bagaimana niat para sahabat sebelum hadis niat diisytiharkan?

Hadis dari Sayyidina Umar:-
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya :

” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : –

Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya
Baca baki entri ini »

Soal 4 : Tentang Niat

Apa itu Niat? Keazaman yang kuat untuk melakukan sesuatu samada disusuli dengan tindakan atau tidak.

Di mana tempat untuk berniat? Di hati, dan di bibir mulut (sekiranya ia menterjemahkan kemahuan hati)

Apakah tujuan berniat?

Adakah berniat itu syarat sah atau untuk mendapatkan pahala? Apakah dalilnya?
Baca baki entri ini »

Soal 3 : Bagaimana al-Quran dikatakan boleh jadi mudah untuk difahami?

Orang kafir mengatakan quran bukan dari Allah kerana perumpamaan yang digunakan terlalu mudah seperti “malam dan siang”, “celik dan buta”. Allah tidak malu membuat contoh yang ringan supaya manusia mudah faham. Kalau Allah nak tunjuk ketinggian ilmunya, manusia tidak akan faham. Sebagai guru mestilah beri contoh yang senang difahami murid bukan mengikut nilai ilmu guru itu.Di dalam surah al-Qamar, 4 kali ayat berikut diulang:- 
Baca baki entri ini »

Soal 2 -Percanggahan Hadis dan al-Quran, yang mana satu akan diamalkan

Sekiranya terdapat percanggahan diantara Hadis dengan al-Quran, yang mana satu akan diamalkan?

Satu dari jawapan yang biasa diberi ialah dengan melihat kepada jenis Hadith samada:- 

  • Mutawatir,
  • Masyhur atau
  • Khabar Ahad.

Baca baki entri ini »

Soal 1 : Kenapa Manusia Dan Jin Dipertanggungjawabkan?

Sepertimana Firman Allah:-

Az-Zariyat [56] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat (mendirikan solah)kepadaKu.
Baca baki entri ini »