Hubungan Suami Isteri 3

Hubungan Suami Isteri 2

Hubungan Suami Isteri

Memuliakan ibubapa dan kaum wanita

Ada satu hadis yg lebih kurang bermaksud:-

1. Buatlah baik kepada kedua ibubapa nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepadamu.

2. BERSIHKANLAH DIRIMU DARI PEREMPUAN SELAIN ISTERIMU… Jadi tak payahlah nak bergurau senda dengan isteri/suami org jikalau kita tidak suka org bergurau senda dengan isteri/suami kita. Jika kita main kayu tiga, suami/isteri kita pun akan main kayu tiga.

Hadis tersebut:-

Muliakanlah ibubapa kalian sebagaimana kalian memuliakan anak-anak kalian, dan peliharalah kehormatan wanita-wanita lain sebagaimana kalian memelihara kehormatan wanita-wanita kalian sendiri. Barangsiapa dimintai maaf lalu ia tidak mau menerimanya, nescaya ia tidak akan dapat mencuba telagaku. (Riwayat Hakim melalui Jabir r.a.)

Terdapat juga hadis yang menyuruh berbuat baik kepada isteri:-

Berwasiat kebaikanlah kalian di dalam menghadapi kaum wanita, kerana sesungguhnya wanita itu berasal dari tulang rusuk yang bengkok. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas; apabila engkau luruskan nescaya ia patah. dan apabila engkau biarkan ia tetap bengkok, kerana itu berbuat baiklah di dalam menghadapi kaum wanita. (Riwayat Syaikhain melalui Abu Hurairah)

Manakala bagi isteri pula , hanya 4 syarat untuk ke syurga:-

Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)