Takutlah kepada Allah

Baca baki entri ini »

Advertisements

Amanah |Taat | Pemimpin | Politik

  • An-Nisaa [58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Tidak beriman penuh orang yang tidak amanah. Qiamat berlaku disaat amanah disia-siakan. Kerja juga satu amanah, sempurnakanlah kerja agar murah rezeki. Nabi Muhammad digelar Al-Amin kerana amanah. Amanah dalam semua aspek. Kalau berhukum kena adil, tidak boleh pilih bulu. Hakim kena duduk ditengah-tengah. Allah tidak menganiayai sesiapa walau sebesar sumbu pelita kerana semua adalah ciptaannya.

  • An-Nisaa [59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Taat kepada Allah dan Rasul tidak bersyarat. Taat kepada makhluk bersyarat dan tidak perlu taat dalam perkara maksiat. Tiada alasan disisi Allah, apabila Allah dan Rasul perintah, tiada pilihan lain. Taat kepada Allah dan Rasul ada dua kelas:-

  • Kelas 1 – Taat sebenar-benar taat. Contohnya kalau solat mesti berjemaah 5 waktu, pakai pakaian baju labuh, tutup kepala.
  • Kelas 2 – Taat mengikut kemampuan. Contohnya kalau solat kadang2 berketayap, kadang2 tidak.Kadang2 ke masjid, kadang2 dirumah.

Taatlah kepada pemimpin yang dilantik dikalangan kamu (Islam). Islam tidak benar lantik orang kafir sebagai ketua negara, ketua tentera. (post yang “top” seperti perdana menteri mesti Islam). Ini kerana dibimbangi rahsia negara seperti kewangan dan pertahanan umat Islam akan diketahui mereka.

Sabda Nabi “Jadi pemimpin boleh menyebabkan dukacita dan rugi besar di akhirat”. Jangan berebut jawatan. Dua orang yang dibelenggu diakhirat (sekiranya tidak menjalankan tugas dengan adil) ialah:-

  • Pemimpin (yang mempunyai 10 orang dibawahnya – apa jua pimpinan)
  • Hakim

Tugas pemimpin ialah menyediakan:-

  • keperluan rakyat
  • tempat tinggal
  • makanan yang cukup

Politik hukumnya fardhu kifayah, mesti ada sebahagian orang Islam (tidak kira apa bangsa) menyertainya. Jika berbeza pendapat baliklah kepada Allah dan Rasul (Al-Quran dan Hadis) jikalau kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Qiamat. Orang kafir tidak boleh jadi ketua negara. Boleh bantu mereka jika ada persefahaman dan mereka janji taat setia dengan Islam sepertimana pada akhir Surah Al-Anfal.. Yang mana Rasulullah ke Mekah utntuk tolong orang kafir yang janji setia dengan Islam dan akhirnya Mekah jatuh ketangan Islam.

Anfal [72]………Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.