Takutlah kepada Allah

3 perkara untuk berjaya di sana

Takwa, buat baik dan sabar

Az-Zumar [10] Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira Baca baki entri ini »

Tahap takwa, Agama Islam dan perpecahan

Aali-Imran [102] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Takwa. 1 Comment »

Takwa – Takut Allah

Takut dari segi tabii umpama takutkan ular. 

Takut dari segi syarie bermakna patuh dan turut Allah. Patuh Allah kita selamat.Allah akan tolong walau dimana kita berada.OBEY AND BE GOOD.  

Takut kepada Allah mengikut tahap kita kenal Allah. Semakin kenal semakin takut kita kepada Allah, takut untuk meninggalkan suruhan dan melakukan larangan. Jibril takut kepada Allah umpama kain buruk yang tiada nilainya, melakukan apa saja demi tuhannya.

Semakin bertambah ilmu juga sepatutnya semakin takut kita kepada Allah.Semakin bertambah ilmu juga sepatutnya semakin bertambah amalan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Takwa. Leave a Comment »

Takut dan mintalah dari Pencipta yang sentiasa melihat

An-Nisa 1

Allah cipta manusia dari 1 orang iatu nabi Adam. Adam bermaksud tanah.  Kemudian Allah cipta kembarnya Hawa dari tulang rusuk adam sebagai teman dan dikahwinkan sebelum mereka bersama. Dari 1 menjadi 2 dan seterusnya tersebarlah zuriat nabi Adam. Nabi Adam hidup 1000 tahun dan mempunyai 40 anak, 20 kembar iaitu 20 kali bersalin.

Takutlah kepada Allah yang menguasai Rahim. Takut kepada Allah bermakna patuh dan turut Allah. Patuh Allah kita selamat.Allah akan tolong walau dimana kita berada. Allah kuasai Rahim perempuan, Rahim juga nama Allah. Allah yang membesarkan bayi dan memberi makan didalam rahim walaupun pintu rahim telah tertutup. Allah boleh membentuk manusia menjadi cantik, lelaki, perempuan, tinggi, rendah dari 1 titik air mani. Dari 40 titik darah menjadi 1 titik air mani menjadi daging. Allah cipta manusia dalam kegelapan perut,rahim sepertimana manusia memproses filem didalam bilik gelap. Allah mampu mencipta walaupun dari seketul tulang.

Oleh itu mintalah dari Allah yang menjadikan kita. Dalam surah Isra’ orang kafir pun minta dari Allah bila keadaan genting, terus mereka lupa tuhan berhala mereka. Kita bergantung kepada Allah, dunia dan akhirat.

Allah sentiasa melihat, tidak perlu pada mata, tidak perlu kepada cahaya, walau dalam kegelapan perut masih mampu membesarkan manusia. 

Sayangi Allah, patuhi Allah.Allah sayang kita lebih dari kita sayang kepada anak kita. Allah mahu semua manusia masuk syurga, tapi Allah tak paksa kerana hidup ini satu ujian.

Dikirim dalam Takwa. 1 Comment »

Takut dan takwa

Aali-Imran [102] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Taqwa iaitu takutlah kepada Allah dengan sbenar-benar takut. Hamba  yang paling takutkan ALLAH ialah ULAMA.

Fatir [28] Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun

Contoh ulama yang takutkan ALLAH Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Takwa. Leave a Comment »